Keunikan WeMalaysia sebagai pergerakan antarabangsa yang bebas dan tidak menyebelahi mana-mana kepercayaan politik serta bersifat neutral merupakan kunci utama dalam menyatukan rakyat Malaysia semua kaum di seluruh dunia.
Presiden WeMalaysia Australia Muhammad Ali Halim Sirat berkata, ia juga memahami aspirasi negara dan mewujudkan kesepakatan menerusi kempen dan aktiviti yang dijalankan bagi memperkasakan semangat patriotisme di luar negara.
"WeMalaysia semakin dikenali dan mudah diterima ramai kerana falsafah yang dibawa oleh pertubuhan itu sendiri serta hasrat rakyat Malaysia yang menginginkan satu entiti yang tidak bersifat politik dan berperanan untuk menyatukan rakyat Malaysia di luar negara.
"WeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan telah pun melalui fasa pengenalan dan peluasan. WeMalaysia kini berada di fasa pemantapan yang dijangka akan mengukuhkan lagi peranan dan suara WeMalaysia di platform sedia ada.
"Pelbagai program secara kerjasama telah dilaksanakan di setiap fasa dan berorientasikan aktiviti berasaskan pelajar seperti program meet and greet, forum, kerohanian, sukan antara universiti, kesukarelaan, program penghayatan nilai kemerdekaan dan pelbagai lagi," katanya semasa menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Muhammad Ali berkata demikian di dalam Majlis Majlis Outreach dan Engagement di University of Adelaide dengan kerjasama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide.
Majlis Outreach dan Engagement WeMalaysia bersama pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide itu diaturkan dan dikelola oleh Koordinator WeMalaysia Adelaide, Oscar Ong dan Noor Azrul Nordin.
BACA: Terima perubahan dasar Kerajaan dalam Bajet 2018 - WeMalaysia
BACA: Hari Malaysia: Lebih 3,500 rakyat sertai Solidariti WeMalaysia 2017
Jelasnya, WeMalaysia tidak mewujudkan program sendiri namun bergerak melalui kerjasama bersama persatuan pelajar Malaysia.
"Ia bagi menjayakan aktiviti mempromosi sayang negara dengan memperkasa semangat patriotisme.
Dalam pada itu ketika ditanya adakah beliau ada dipelawa untuk tampil dalam pilihanraya yang akan datang memandangkan trend semasa memperlihatkan muka-muka baru sebagai calon, Muhammad Ali memberitahu.
"Bagi saya pertanyaan ini cukup besar ertinya. Saya menghormati pertanyaan yang dikemukakan dan bersifat terbuka. Keutamaan saya sekarang adalah menolong pelajar dan membantu menjayakan program persatuan.
"Sejak saya menerajui WeMalaysia melalui aktiviti pelajar di luar negara, banyak pengalaman telah saya tempuhi. Buat masa ini, saya lebih selesa mengemblengkan tenaga dan idea melaksanakan misi WeMalaysia dalam memupuk semangat patriotisme dan sayang negara secara berterusan.
"Saya berhasrat untuk memanfaatkan potensi kepimpinan menjurus kepada aktiviti pelajar berbanding bertanding."
Soalan itu diajukan ekoran pengalaman kepimpinan beliau di peringkat antarabangsa termasuklah pernah berada di Amerika Syarikat.
Justeru, penglibatan aktif beliau mewakili WeMalaysia bukan sahaja di Queensland, malah di Western Australia, Victoria, New South Wales, Australia Capital Territory dan kini di South Australia menyerlah pengaruhnya yang tersendiri.
Katanya lagi, bertandang ke Adelaide adalah sebahagian daripada usaha memenuhi fasa pemantapan WeMalaysia selain mengatur perancangan kolaborasi bersama persatuan pelajar dan diaspora Malaysia di Adelaide untuk tahun 2018.
Dalam pada itu, Penasihat Kedutaan yang juga penghubung antara WeMalaysia dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Faridah Hanum Husain menyifatkan WeMalaysia sebagai satu entiti yang unik.
"Ia amat diperlukan oleh rakyat Malaysia, bukan sahaja di luar negara malahan di Malaysia juga.
"Hasrat dan peranan WeMalaysia dalam menyatukan rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur, berbeza kaum dan agama serta pendapat politik amatlah dihargai dan disanjungi," ujarnya.
Faridah turut berharap WeMalaysia akan terus maju dalam agendanya serta meluaskan peranannya tidak terhad di luar negara sahaja.
Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia di luar negara agar bijak membezakan cinta negara dengan cinta politik.
"Ia termasuk semua organisasi sama ada badan kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan pelajar di Australia seperti Malaysian Students’ Council of Australia (MASCA), Malaysian Students Organization (MSO) serta lain-lain persatuan diaspora Malaysia di Australia.
"Semua harus terus memberikan sokongan dan kerjasama program-program kesepakatan dan semangat patriotisme Malaysia.
"Hal ini juga penting bagi memastikan hubungan pelajar dan golongan diaspora setiasa dekat dan mesra antara satu sama lain dalam membina perpaduan dan integrasi nasional," katanya.
WeMalaysia merupakan satu gerakan terbuka yang digerakkan oleh pelajar Malaysia di luar negara.
Sehingga kini, WeMalaysia mempunyai cawangan di Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK).
Astro Awani
Sat Dec 16 2017
WeMalaysia merupakan satu gerakan terbuka yang digerakkan oleh pelajar Malaysia di luar negara. - Gambar WeMalaysia
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pemindahan pertama buah pinggang babi beri sinar kepada pesakit
Kejayaan prosedur pembedahan pemindahan buah pinggang babi ke manusia yang pertama di Amerika Syarikat (AS) disifatkan sebagai kemajuan besar di negara itu.
Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen pada Rabu.
Rusia mahu UNSC bincang serangan AS ke atas Iraq, Syria
Rusia pada Sabtu mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dan Syria serta meminta mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSC) untuk membincangkan isu berkenaan.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Chicago, Dewan Bandaraya gesa gencatan senjata
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.