KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta waspada berhubung pendaftaran eMADANI yang bermula semalam, bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini mengingatkan orang ramai, agar tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau e-mel, serta jangan menggunakan orang tengah sebagai pendaftar, bagi akaun e-dompet.
"Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan penipuan Program eMADANI, namun langkah berwaspada perlu seperti melakukan pendaftaran Program eMADANI melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch N' Go eWallet.
"Orang ramai dinasihat untuk mematuhi syarat-syarat penggunaan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan dan jangan terpedaya dengan tawaran perkhidmatan di media sosial, terutamanya berkaitan penebusan kredit eMADANI kepada wang tunai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bantuan kredit eMADANI yang dilaksanakan secara sekali bayar itu dibuka bagi pendaftaran dan tuntutan mulai 4 Dis 2023 hingga 20 Feb 2024, yang akan memberi manfaat kepada 10 juta rakyat dewasa yang layak, melibatkan peruntukan RM1 bilion.
Bantuan itu, disasarkan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah melibatkan golongan dewasa berusia 21 tahun ke atas dalam kalangan B40 serta M40.
Media hari ini melaporkan pengguna media sosial mula menawarkan perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan 'peer-to-peer' kredit eMADANI, menerusi pelbagi paltform media sosial.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga hari ini dilaporkan menasihati orang ramai agar tidak terperdaya dengan helah penipuan yang menawarkan khidmat penebusan tunai bagi kredit e-tunai RM100, eMADANI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengingatkan orang ramai, agar tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau e-mel, serta jangan menggunakan orang tengah sebagai pendaftar, bagi akaun e-dompet. - Gambar fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.

Ketiadaan integriti, manipulasi kewangan mampu lenyapkan kekayaan syarikat - Pakar
Individu tiada integriti yang berada dalam kedudukan tinggi dan mempunyai kuasa boleh menyalahgunakan kedudukan dengan memperdaya pihak lain dalam organisasi.

"Scammer" guna hotline IPD PD perdaya mangsa
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson mengesan insiden penyalahgunaan talian hotline IPD oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan.

Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bil dalam 10 bulan
Teo mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.