KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia harus berwaspada terhadap manipulasi sentimen kaum oleh ahli-ahli politik, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bercakap pada majlis pelancaran secara maya Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 hari ini, perdana menteri berkata ia merupakan cabaran utama dalam hampir semua negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.
"Pelaku politik yang cuba menaikkan saham politik masing-masing melalui eksploitasi perasaan kaum hendaklah kita elakkan," katanya pada majlis yang disiarkan di laman Facebook Kementerian Perpaduan Negara.
Beliau berkata kerajaan sedar, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi selama ini demi matlamat peribadi.
"Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara. Berpegang kepada prinsip inilah Kementerian Perpaduan Negara telah diwujudkan bagi menggalas tugas berat memastikan agenda perpaduan nasional dijayakan," katanya.
Muhyiddin dalam ucapan kira-kira 30 minit itu berkata rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama sewaktu negara berdepan dengan krisis COVID-19.
Menurutnya, sifat empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat sekali gus membantu usaha mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan.
"Dalam tempoh negara berdepan wabak COVID-19 ini, saya sedar bahawa ramai dalam kalangan kita juga telah menunjukkan sifat empati sesama kita.
"Kita perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam usaha kita hendak memahami isi-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh. Seperti beberapa negara-negara berbilang kaum yang lain, kadangkala kita hanya melihat isu kaum dari sudut kaum atau kumpulan tertentu," katanya.
Perdana menteri percaya perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi lebih seimbang dan holistik dan harus dipupuk melalui sistem pendidikan dan media.
Perdana Menteri berkata semangat perpaduan yang ditunjukkan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sewaktu negara masih berdepan dengan gelombang COVID-19, sekali gus membantu kerajaan menyebarkan mesej positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Ternyata rakyat Malaysia berjiwa patriotik kerana kita bersatu hati berjuang memerangi musuh yang tidak kelihatan. Kita patriotik kerana kita inginkan keharmonian dan idamkan perpaduan dalam negara yang kita cintai ini.
"Tahniah rakyat Malaysia atas perpaduan ini! Jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu ini kita teruskan, saya yakin kita akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran yang menduga kita pada masa-masa akan datang, Insya-Allah," katanya.
Muhyiddin turut menekankan bahawa usaha mencapai perpaduan merupakan suatu perjalanan yang jauh dan berliku.
Justeru itu, katanya semua pihak mesti sentiasa membetulkan niat dan memperkasa usaha bersama untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya, bukan sahaja untuk generasi masa kini, tetapi demi masa depan anak cucu kita kelak.
Beliau berkata imej Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya sering dijadikan contoh dan rujukan sebagai sebuah negara yang bersatu-padu.
"Walaupun adakalanya wujud perbezaan, persaingan dan konflik, tetapi kesepaduan sosial yang telah wujud sekian lama dalam masyarakat telah mengekalkan perpaduan kita sehingga ke hari ini, menjadikan negara-negara lain ingin belajar daripada kita," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 15 2021
![Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik - PM Muhyiddin Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik - PM Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613359635_muhyiddinyassin.jpg)
MUHYIDDIN: Kerajaan juga tidak akan sekali-kali berkompromi dalam perkara yang boleh mengganggu-gugat perpaduan negara. - Facebook Kementerian Perpaduan Negara
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738646745_TBMuhyiddin.jpg)
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
![Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738644541_TBMuhyiddin.jpg)
Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.
![Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692948903_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.
![Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
![Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736999792_KesMuhyiddinYassi.jpg)
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
![Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
![Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
![Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088645_tbmuhyiddinguaneng.jpg)
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
![Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734086333_WanSaifulWanJan.jpg)
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.