DUNGUN: Tapak perlombongan logam tungsten atau wolfram yang pernah diteroka pada abad ke-20 di Bukit Lentor, di sini wajar diwartakan sebagai warisan sejarah negara.
Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD), Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, ia berdasarkan elemen sejarah yang masih ada disitu yang sekaligus merekodkan peristiwa penting dalam sejarah perlombongan negara.
Katanya, kewujudan rel kereta api kesan aktiviti perlombongan wolfram pada abad ke-20 membuktikan kawasan itu antara pengeluar utama wolfram di negara ini suatu masa dahulu.
"Kawasan ini tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana ia mempunyai elemen sejarah yang masih ada sehingga hari ini.
"Wolfram yang dikeluarkan dari terowong ini dihantar ke sungai Dungun menggunakan kereta api sebelum dieksport ke luar negara pada waktu itu," katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.
Menurut Wan Mohd Rosli, aktiviti perlombongan wolfram di kawasan itu dipercayai mula diusahakan sekumpulan orang Cina dari Singapura pada 1910.
Katanya, kandungan wolfram yang tinggi di Bukit Lentor ketika itu menarik perhatian pelabur-pelabur dari negara tersebut.
"Pada awalnya kumpulan ini melombong wolfram secara kecil-kecilan sahaja.
Mereka membawa hasil-hasil wolfram pulang ke Singapura untuk dieksport ke Eropah.
"Bahan logam ini kemudiannya mendapat permintaan tinggi kerana penggunaannya begitu meluas terutama dalam pembuatan bateri basah dan peralatan perusahaan sehingga harganya melambung tinggi," katanya.
Katanya, ketika itu perlombongan wolfram tidak diusahakan oleh orang Melayu kerana mereka tidak tahu kegunaan, nilai serta tempat untuk dipasarkan.
"Kualiti dan kandungan wolfram yang banyak di kawasan ini telah menarik minat sekumpulan pelabur dari Singapura yang kemudiannya menubuhkan Dungun River (Terengganu) Development Syndicated Ltd pada 1911.
"Sejak itu wolfram mula dilombong secara aktif sehingga permintaan melebihi pengeluaran," katanya.
Menurut Wan Mohd Rosli, Bukit Lentor yang terletak di Hulu Dungun menjadi lokasi pengeluaran penting wolfram sehinggalah kehadiran Jepun ke Tanah Melayu.
"Penjajah Jepun telah merampas kawasan perlombongan tersebut.
"Aktiviti perlombongan wolfram tidak lagi diusahakan kerana kesukaran untuk dieksport akibat peperangan.
"Pelombong-pelombong pula takut untuk menjalankan kegiatan melombong akibat ancaman komunis," katanya.
Wan Mohd Rosli berkata, aktiviti perlombongan wolfram ditutup pada tahun 1945 disebabkan hasilnya yang semakin berkurang dan merugikan syarikat perlombongan.
Katanya, sehingga kini terdapat kira-kira 20 buah terowong kesan peninggalan aktiviti perlombongan wolfram di sekitar kawasan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022

Terowong yang dibina menjadi bukti kewujudan kegiatan melombong wolfram di Bukit Lentor, Hulu Dungun suatu ketika dahulu. - Foto Sinar Harian
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Wartakan tapak lombong wolfram warisan sejarah negara
Kewujudan rel kereta api kesan aktiviti perlombongan wolfram pada abad ke-20 membuktikan kawasan itu antara pengeluar utama wolfram di negara ini suatu masa dahulu.