Waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 hari ini memfailkan saman kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap Malaysia Airlines System (MAS) dan Malaysia Airport Berhad (MAB) berhubung kehilangan
anggota keluarga mereka dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai 2014.
Waris kepada Shazana Mohamed Salleh, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, Sanjid Singh Sandhu, Mohd Ghafar Abu Bakar, Lee Hui Pin dan Chong Yee Pheng memfailkan saman itu melalui Tetuan Thomas Philip di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Mereka menamakan MAS dan MAB sebagai defendan pertama dan kedua.
Mengikut pernyataan tuntutan, kesemua plaintif mendakwa MAS telah cuai kerana melaksanakan penerbangan MH17 di kawasan yang diketahui berada di bawah konflik bersenjata yang menimbulkan risiko bahaya dan kematian.
Mereka mendakwa kedua-dua defendan melaksanakan penerbangan kurang daripada 1,000 kaki atas ruang udara yang disekat dalam penerbangan itu iaitu ketinggian yang tidak digunakan oleh pesawat lain.
Plaintif mendakwa MAS juga telah cuai kerana menghantar dan melaksanakan penerbangan MH17 di bahagian paling utara Koridor Penerbangan Komersial Ukraine, gagal mempunyai apa-apa sistem penilaian risiko dan gagal mengambil kira ketidakstabilan berkenaan penerbangan di bahagian timur Ukraine.
Mereka juga mendakwa MAS telah melanggar kontrak dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati, gagal memastikan terdapat kakitangan untuk penilaian risiko, anak kapal penerbangan dan kakitangan operasi.
Kesemua plaintif menegaskan bahawa defendan kedua iaitu MAB bertanggungjawab di sisi undang-undang dan fakta untuk menanggung kerugian plaintif dan menjamin pembayaran ganti rugi yang diperintah untuk dibayar oleh MAS kepada plaintif.
Mereka juga menegaskan bahawa MAS dan MAB bertanggungjawab di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974, Konvensyen Montreal 1999 dan/atau Akta Undang-undang Sivil 1956 untuk kematian si mati.
Mereka memohon ganti rugi am untuk kesakitan dan penderitaan, ganti rugi khas, ganti rugi menurut Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974, ganti rugi menurut Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan ganti rugi bagi kecederaan psikiatri trauma, kejutan saraf dan gangguan tekanan trauma.
Plaintif juga menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah, kos dan apa-apa relif lanjut dan/atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Dipercayai pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Thu Jun 02 2016
![Waris enam anak kapal MH17 saman MAS & MAB atas kecuaian, tuntut ganti rugi Waris enam anak kapal MH17 saman MAS & MAB atas kecuaian, tuntut ganti rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448894457_UkraineCrisis.jpg)
Kesemua plaintif mendakwa MAS telah cuai kerana melaksanakan penerbangan MH17 di kawasan yang diketahui berada di bawah konflik bersenjata yang menimbulkan risiko bahaya dan kematian. - Gambar fail
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion 1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665398947_MDB.jpg)
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.
![Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
![Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000 Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713953900_courtgavelmahkam.jpg)
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
![Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712814424_tbv.jpg)
Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.
![Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710084894_Polisburulelakise.jpg)
Polis kesan lelaki disyaki sengaja sebabkan kemalangan untuk dapatkan ganti rugi
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki sengaja menyebabkan kemalangan kerana ingin mendapatkan ganti rugi dan video mengenai insiden itu tular sejak semalam.
![Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614131465_androidbox.jpg)
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
![Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707389681_TBwargaasing.jpg)
Majikan tipu pekerja asing setuju bayar gaji lebih RM1 juta
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor baru-baru ini bersetuju membayar gaji RM1,035,557.50 kepada 733 pekerja terlibat.
!['Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak 'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704341554_TBPeroduaBezza.jpg)
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
![Rampasan buku, mahkamah tolak permohonan 'Superman Hew' untuk ganti rugi RM1.4 juta Rampasan buku, mahkamah tolak permohonan 'Superman Hew' untuk ganti rugi RM1.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Rampasan buku, mahkamah tolak permohonan 'Superman Hew' untuk ganti rugi RM1.4 juta
Mahkamah Persekutuan turut memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi taksiran ganti rugi.
![Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698652978_AmeliaAidaSaman.jpg)
Amelia Henderson sudah bayar RM10,000 kepada A Aida Production
Amelia Henderson telah menjelaskan RM10,000 kepada syarikat produksi A Aida Production Sdn Bhd.