Warga Wuhan tiba di Sandakan: Kerajaan belum terima maklumat

Ridzal Abdullah
Januari 29, 2020 13:07 MYT
Imej menunjukkan warga China dari Wuhan sedang menjalan ujian bagi mengenal pasti mereka dijangkiti koronavirus atau tidak. - Foto Astro AWANI
Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah belum menerima maklumat kehadiran enam warga Wuhan yang dilaporkan tiba di Sandakan, pada Rabu.
Menterinya, Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, setakat ini beliau belum dimaklumkan berhubung kejadian terbabit.
"Saya tiada dapat info... Saya pun ada tanya pengarah (Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah), saya belum dapat apa-apa info.
"Kalau betul memang ada, saya memang kasi statement (kenyataan media).
"Sampai sekarang pun tiada dapat apa-apa, kalau kami ada dapat maklumat, kami akan hantar dalam semua group news (berita) tu." katanya ketika dihubungi, pada Khamis.
BACA: LAPOR LANGSUNG: HATI-HATI DENGAN PENULARAN WABAK KORONAVIRUS
Terdahulu, satu mesej dikongsikan melalui WhatsApp memaklumkan kehadiran enam warga Wuhan di Sandakan.
Semua individu berkenaan dipercayai dihantar semula ke Kuala Lumpur.
#Beijing #Frankie Poon Ming Fung #Hubei #Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah #Macau #Malaysia dilanda koronavirus #WhatsApp #Wuhan
;