Kimberley Ho, seorang warga Malaysia yang merupakan pengasas dan pengarah produk kecantikan Everedeen, tersenarai Forbes 30 Under 30 Asia 2019, sebagai penghargaan terhadap usahanya menghasilkan produk kesihatan kulit asli untuk kanak-kanak.
Menurut Forbes, Ho, 28 tahun pernah berkhidmat di Wall Street sebagai pelabur jenama konsumer apabila beliau menyedari keperluan untuk produk-produk asli yang selamat.
Majalah A.S berkenaan dipetik sebagai berkata Ho membuat keputusan untuk mengisi kekosongan di pasaran dengan memulakan perusahaan Everedeen pada Mac 2018.
Selepas dilancarkan, perniagaan Everedeen berjaya meraih RM8.3 juta, produk keluaran jenama ini mendapat penganugerahan dari Bobbi Brown dan Vogue.
Ho membuat keputusan untuk berhijrah ke A.S. selepas menamatkan pelajaran di Universiti Stanford, A.S.
Selepas menamatkan pengajiannya, Ho berkhidmat di firma Goldman Sachs sebelum memulakan kariernya di Oaktree Capital.
Ho dalam temu ramah dengan majalah Forbes berkata beliau sering membeli produk bayi dari A.S untuk kenalannya di Asia.
Akhirnya, Ho menyedari kandungan produk-produk bayi berkenaan tidak selamat dan memudaratkan penggunanya.
Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2019 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang juga adalah antara tokoh terkemuka dalam bidang masing-masing.
Astro Awani
Wed Nov 14 2018
![Warga Malaysia tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2019 Warga Malaysia tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542173158_TBkimintechnicolor.jpg)
Menurut Forbes, Ho, 28 tahun pernah berkhidmat di Wall Street sebagai pelabur jenama konsumer apabila beliau menyedari keperluan untuk produk-produk asli yang selamat. - Foto IG Kimberley Ho
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600148950_SurinaShukri.jpg)
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).