SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia yang melarikan diri lebih 20 tahun, dihukum penjara enam bulan berkuat kuasa daripada tarikh akhir hukuman yang dikenakan ke atasnya pada 1999 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Kanun Keseksaan.
Mahkamah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura menerusi laman webnya menyatakan, R Siva Kumar, 46, ditahan dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 4 Mac 2020 dan dibawa ke republik itu untuk menjalani hukuman kesalahan imigresen yang dilakukannya di Singapura pada 1999.
Biro itu menyatakan, Siva disabit dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 12 sebatan kerana terbabit dalam konspirasi menyeludup pendatang tanpa izin dari Singapura ke Malaysia menerusi pusat pemeriksaan Woodlands pada 24 September 1999.
Konspirasi itu membabitkan pemberian rasuah kepada seorang pegawai polis bantuan CISCO bagi membenarkan bas yang mengangkut pendatang tanpa izin berkenaan melepasi sekatan tanpa pemeriksaan imigresen, menurut laman web itu.
CPIB berkata, pegawai CISCO itu disabitkan bersalah pada 5 Oktober 1999 dan dihukum penjara setahun serta denda S$2,800 kerana rasuah tetapi Siva menghilangkan diri sekitar tahun 1999 sewaktu mendapat jaminan mahkamah bagi menunggu keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.
Biro itu menyatakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Siva pada 9 Mac 2000.
Siasatan CPIB mendapati pada Oktober 1999, Siva pulang ke Malaysia menaiki kenderaan dipandu individu dikenali sebagai "boy" dan lelaki itu menyerahkan pasport orang lain di pusat pemeriksaan Woodlands bagi memperdaya pegawai imigresen.
Atas tindakan itu, Siva didakwa pada 16 April 2021 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Kanun Keseksaan, kata Biro itu.
Pada Jumaat, CPIB menyatakan, Siva mengaku salah dan dihukum penjara enam bulan, berkuat kuasa sejurus dia menghabiskan hukuman yang dikenakan ke atasnya pada 1999.
"Kerjasama erat dan amat berharga oleh SPRM, membolehkan Siva ditahan pada 4 Mac 2020.
"CPIB amat menghargai kerjasama rapat dengan SPRM dalam kes ini bagi memastikan pesalah dihadapkan ke muka pengadilan dan tiada yang terlepas daripada undang-undang," menurut Biro itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 11 2021

Pada Jumaat, Siva mengaku salah dan dihukum penjara enam bulan, berkuat kuasa sejurus dia menghabiskan hukuman yang dikenakan ke atasnya pada 1999. - Gambar hiasan
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

PM Anwar rasmi Program Majlis Memperingati Tunku Abdul Rahman esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan Program Majlis Memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman, di sini esok.

15 rakyat Malaysia mangsa penipuan pekerjaan ditempatkan di kem tentera utara Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan mengadakan lawatan konsular pada Ahad ke atas 15 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.