Warga kota yang ingin pulang ke kampung bersempena sambutan Aidilfitri masih berpeluang membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi perjalanan 1 hingga 5 Julai ini.
Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata daripada sasaran jumlah 80,000 tiket yang disediakan untuk tempoh berkenaan, masih terdapat kekosongan tempat duduk terutama bagi destinasi utara dan selatan.
"Masih ada kira-kira 30 peratus tempat duduk untuk destinasi ke utara dan selatan manakala untuk ke Pahang dan Terengganu pula kira-kira 10 peratus masih kosong.
"Hanya tiket ke Kelantan sudah habis dijual sepenuhnya termasuk tiket bas tambahan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Faizal Redza berkata antara destinasi Pantai Timur yang masih mempunyai kekosongan termasuk Kuantan, Muadzam Shah, Kuala Terengganu dan Kemaman.
Katanya, TBS menyediakan sehingga 500 bas dengan jumlah mencecah 1,000 perjalanan bas ke seluruh Semenanjung setiap hari dalam tempoh itu.
Pihaknya juga akan cuba menyediakan bas tambahan bagi memenuhi permintaan namun jumlahnya bergantung kepada kemampuan pengusaha bas, katanya.
Faizal Redza bagaimanapun menasihati agar mereka yang masih belum mendapatkan tiket agar segera berbuat demikian dan tidak menunggu sehingga ke saat akhir.
"Bukan rakyat tempatan yang ingin pulang beraya sahaja ingin membeli tiket, malah warga asing juga turut mengambil peluang untuk pergi bercuti," katanya.
Bernama
Wed Jun 29 2016
TBS menyediakan sehingga 500 bas dengan jumlah mencecah 1,000 perjalanan bas ke seluruh Semenanjung setiap hari dalam tempoh itu. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Warga kota masih berpeluang beli tiket bas pulang ke kampung
Warga kota yang ingin pulang ke kampung bersempena sambutan Aidilfitri masih berpeluang membeli tiket bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi perjalanan 1 hingga 5 Julai ini.