PUTRAJAYA: Warga Kementerian Komunikasi khususnya penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani serta menjadi penyampai maklumat kepada orang awam mengenai inisiatif kerajaan kepada rakyat.
Menegaskan bahawa peranan itu amat penting, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin sebagai penjawat awam semua penerima APC akan meletakkan sepenuh komitmen dalam setiap tugasan yang diamanahkan kepada mereka.
"Insya-Allah dalam beberapa bulan ada tugasan baharu yang akan kita umumkan nanti. Kita diarahkan maka kita buat, perkara ini sangat penting sebab kita sebagai penerima APC perlu menjadi contoh.
"Saya mohon semua penerima APC hari ini untuk jadi pemangkin dan zahirkan konsep Malaysia Madani yang kita inginkan," katanya ketika berucap pada Majlis APC 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini.
Hari ini 522 warga Kementerian Komunikasi menerima sijil penghargaan dan insentif bernilai RM1,000 sempena majlis APC 2023 termasuk 63 penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.
Sebagai penjawat awam berkhidmat di kementerian berperanan menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat, Fahmi mahu semua penerima APC mengetahui tentang beberapa inisiatif diumumkan kerajaan sebelum ini iaitu Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat; Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030); Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
"Semua perkara ini kalau anda tidak dapat ingat, bagaimana nak sampaikan kepada rakyat. Anda semua landasan yang kukuh dan asas kepada semua inisiatif ini," katanya.
Fahmi turut mengingatkan agar semua penerima APC bukan sekadar menonjolkan kecemerlangan di tempat kerja sahaja, tetapi perlu diteruskan dalam kehidupan seharian dan menjadi contoh terbaik kepada rakan sejawat.
"Anda kena jadi contoh terbaik kepada kawan-kawan lain agar mereka tidak terlibat dengan rasuah, culas melaksanakan tanggungjawab dan sedia berkhidmat untuk negara," katanya.
Menyentuh peranan seluruh warga Kementerian Komunikasi, Fahmi menegaskan golongan itu perlu terus berusaha dan memberikan perkhidmatan cemerlang serta menonjolkan nilai murni kepada masyarakat.
Beliau mahu mutu perkhidmatan ditambah baik oleh setiap warga Kementerian Komunikasi termasuk yang berkhidmat di semua agensi di bawah kementerian berkenaan.
"Saya doakan yang terbaik untuk semua, semoga kita menjadi contoh. Saya harap yang belum pernah menerima APC agar terus berusaha gigih," katanya.
Sementara itu Fahmi sekali lagi mengingatkan masyarakat untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih dan tidak boleh disahkan menerusi mana-mana platform kerana ia akan menimbulkan fitnah.
Merujuk kepada hantaran di media sosial mengenai resit sebuah syarikat penyedia makanan segera yang dikatakan tertera catatan menghina Islam, beliau berkata laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu dan Kementerian Komunikasi juga telah melakukan semakan mengenainya.
Beliau berkata pihak kementerian telah mengenal pasti bahawa catatan yang tertera pada resit berkenaan bukanlah dicatat oleh syarikat itu, sebaliknya ia ruangan komen bagi pembeli yang membuat pesanan dalam talian untuk memberi arahan khusus terhadap pesanan dibuat.
"Saya minta tuan-tuan yang diberikan anugerah perkhidmatan cemerlang, kita mesti tonjolkan sikap karakter lebih murni dan baik, bantu kawan sahkan berita benar diterima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Fahmi ketika berucap pada Majlis APC 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini. - Foto Bernama
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.