Polis akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta mengawal lokasi kejadian susulan seorang warga Kemboja yang enggan turun dari pokok cengal gara-gara bimbang ditahan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata, buat masa pihaknya akan membiarkan lelaki berkenaan turun sendiri dari pokok tersebut.
"Kita tak buat apa-apa, biar dia turun sendiri. Saya letak anggota saya semua buat kawalan... kita pun tak ada kemahiran panjat pokok ini. Dia panjat esok, dia terjun ke bawah lagi serba salah kita," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Idris, tindakan itu diambil kerana tidak mahu memberi tekanan kepada warga Kemboja berkenaan.
Tambah beliau, status warga Kemboja berkenaan sama ada dia merupakan pandatang asing tanpa izin atau tidak, masih tidak dapat disahkan.
Terdahulu, seorang warga Kemboja bertindak nekad dengan memanjat sebatang pokok cengal setinggi 25 meter di Kampung Sungai Pinang, Kuala Terengganu kerana khuatir ditahan pihak berkuasa.
BACA: Elak dicekup, pendatang Kemboja enggan turun pokok dua hari
Lelaki berusia sekitar 30-an itu berada di atas pokok cengal itu sejak jam 11 malam Khamis lalu tanpa bekalan air dan makanan, manakala dan semua usaha memujuknya untuk turun sehingga petang hari ini menemui jalan buntu.
Pada awalnya, penduduk kampung menyedari lelaki terbabit berada di atas pokok selepas mendengar jeritan meminta tolong dan isyarat lampu suluh.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai buruh tetap tidak mahu turun walau penduduk kampung cuba menawarkan bantuan kepadanya.
Menurut seorang penduduk, Nasir Muhammad, 55, lelaki terbabit takut dan panik untuk turun selepas melihat orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan.
“Dia tiada kad pengenalan diri kerana dia pendatang dan kerana itu dia berasa takut lebih-lebih lagi kerana melihat orang ramai,” ujar Nasir.
Difahamkan, apabila orang kampung memanjat pokok itu, lelaki tersebut memanjat lebih tinggi. Apabila diugut untuk menebang pokok itu pula, dia mengugut untuk bunuh diri dengan terjun ke tanah.
“Maka, saya beritahu dia, nanti bila hari sudah malam, turunlah sendiri. Jangan buat perkara yang tidak molek,” kata Nasir.
Sementara itu, Ketua Operasi, Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Hairisyam Mat Tahar berkata seramai sembilan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada Jumaat.
Menurutnya, pihaknya masih meneruskan usaha bagi memujuk mangsa dengan bantuan penduduk kampung, anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Astro Awani
Sat Feb 06 2016
Seorang warga Kemboja bertindak nekad dengan memanjat sebatang pokok cengal setinggi 25 meter di Kampung Sungai Pinang, Kuala Terengganu kerana khuatir ditahan pihak berkuasa. - Foto Astro AWANI
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Lelaki kemboja ditahan polis selepas tiga malam di atas pokok cengal
Seorang lelaki warga Kemboja yang enggan turun dari pokok cengal setinggi 45 meter sejak Khamis lepas di Kampung Sungai Pinang, dekat sini, akhirnya ditahan polis malam tadi.
Warga Kemboja enggan turun pokok: Polis ambil pendekatan tunggu dan lihat
Polis akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta mengawal lokasi kejadian susulan seorang warga Kemboja yang enggan turun dari pokok cengal gara-gara bimbang ditahan pihak berkuasa.