Meskipun niat asal mereka hanyalah mencari rezeki bagi membantu keluarga di kampung halaman masing-masing, ramai rakyat Indonesia yang bekerja di negara ini terpaksa akur kepada 'jodoh pertemuan' dan ketentuan kehidupan untuk membina keluarga.
Aspek persamaan bahasa dan budaya yang diamalkan sejak turun-temurun malahan keturunan serumpun menarik keinginan warga Indonesia untuk membina keluarga dan berkahwin dengan warga tempatan di sini.
Kepelbagaian budaya, agama dan bangsa yang unik menjadikan rakyat Malaysia lebih terbuka dan boleh menerima serta hidup dalam suasana harmoni dengan masyarakat negara lain menjadikan ramai warga asing senang dan selesa untuk bermastautin di sini.
Adalah tidak menghairankan jika Malaysia menjadi pilihan utama bagi rakyat Indonesia untuk datang mencari pekerjaan dan berhijrah ke negara ini.
Memetik laporan media tempatan baru-baru ini terdapat kira-kira antara 2.5 ke tiga juta pekerja asing di Malaysia dengan kira-kira 70 peratus terdiri daripada warga Indonesia dianggarkan mengirim wang tidak kurang RM6 bilion setahun.
Menurut Kaunselor Kedutaan Indonesia di Malaysia Dino Nurwahyudin berkata setiap perkahwinan itu perlu berlandaskan kepada hukum dan undang-undang kedua-dua buah negara yang merupakan negara berdaulat.
"Di sini kami ingin tekankan kepada warga kami bahawa mereka (warga Indonesia) itu berada di Malaysia kerana negara ini (Malaysia) adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai hukum nasional yang harus kita hormati jadi apa yang telah disampaikan oleh pemerintah Malaysia sangat kami hargai," katanya kepada Bernama.
Dino merupakan daripada tiga anggota panel jemputan bual bicara 'Status Perkahwinan Warga Indonesia di Malaysia' yang diadakan baru-baru ini. Dua lagi anggota ialah Direktor Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah Indonesia Muchtar Ali dan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Ustaz Abdullah Hashim.
Program anjuran Agensi Berita Indonesia (Antara) dan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini dihadiri kira-kira 100 warga Indonesia.
Mengulas lanjut beliau berkata program bual bicara sehari, yang julung kali diadakan itu, bertujuan memberi penjelasan dan penerangan kepada warga Indonesia yang berkahwin di negara ini.
Dino berkata pada era globalisasi, penghijrahan individu dari negara asal ke negara lain adalah normal dan mereka berhak memperoleh pekerjaan dan membina kehidupan yang lebih baik.
Sementara itu, Abdullah berkata kebiasaannya masalah timbul apabila perkahwinan itu tidak didaftarkan di pejabat agama.
"Apabila perkahwinan itu berlaku dengan mana-mana warga Malaysia bersama warga asing yang tidak dilaporkan di Malaysia menyebabkan perkahwinan itu ada sedikit masalah jika tidak didaftarkan. Apabila berlaku perceraian, timbul isu seperti hak penjagaan anak dan pemberian nafkah," katanya.
Beliau berpandangan bahawa perkahwinan yang tidak berdaftar secara sah perlu dilaporkan di Mahkamah Syariah terlebih dahulu untuk membuat pengesahan bagi mengelakkan perkahwinan berkenaan menjadi 'perkahwinan sindiket'.
Perkahwinan sindiket merujuk perkahwinan yang diuruskan oleh pihak yang tidak mempunyai tauliah bagi mendaftarkan sesuatu perkahwinan.
Abdullah berkata mana-mana warga asing yang ingin berkahwin di Kuala Lumpur perlu melalui prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Seorang warga Indonesia Jamilah Jamaluddin, 41, berasal dari Medan berkata sebelum ini dia agak keliru dan tidak memahami prosedur perkahwinan melibatkan rakyat Malaysia dan Indonesia kerana kurang diberi penjelasan.
"Program seperti ini memang bagus diteruskan kerana kita selalu menghadapi masalah seperti ini dan tidak tahu untuk merujuk kepada siapa jika berdepan dengan masalah tersebut," katanya yang telah menetap di negara ini hampir 19 tahun.
Berkongsi pendapat sama, seorang ahli perniagaan Shrof Namat, 50, berkata perkahwinan adalah suatu perkara penting dan tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal kehidupan dan zuriat.
Katanya penjelasan yang tepat daripada barisan ahli panel dalam program ini membuka ruang dan peluang untuk mereka mengutarakan masalah serta berkongsi pengalaman.
Bernama
Thu Feb 14 2013
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Eropah tingkatkan sokongan ketenteraan untuk Ukraine
Negara-negara Eropah akan meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, menurut Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius, selepas mesyuarat bersama rakan sejawatannya dari Britain, Perancis, Itali, dan Poland.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Pistorius menyatakan matlamat utama Eropah ialah memastikan Ukraine dapat bertindak dari kedudukan yang kukuh.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Warga Indonesia mesti patuhi syarat perkahwinan di Malaysia
Mana-mana warga asing yang ingin berkahwin di Kuala Lumpur perlu melalui prosedur ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.