Seorang warga Indonesia maut setelah keretanya bertembung dengan sebuah lori dalam nahas jalan raya di Kilometer 32, Jalan Beruas-Parit pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohd Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar 10.35 pagi dan mangsa maut di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen-2 menghala ke Parit telah memasuki laluan bertentangan ketika melalui satu selekoh dan bertembung dengan sebuah lori.
“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Mukid, 41, dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
Mohd Zainal berkata, pihak polis memohon waris atau kenalan mangsa tampil bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiada tangkapan dilakukan buat masa ini ,” katanya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Jun 01 2017
![Warga Indonesia maut kereta rempuh lori Warga Indonesia maut kereta rempuh lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496300330_WargaIndonesiaMaut.jpg)
Siasatan mendapati mangsa yang memandu kereta Proton Gen-2 menghala ke Parit telah memasuki laluan bertentangan ketika melalui satu selekoh dan bertembung dengan sebuah lori. - Foto PDRM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Lelaki maut tersepit, kereta terbabas masuk longkang Lelaki maut tersepit, kereta terbabas masuk longkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686891199_TBMAUTSEPIT.jpg)
Lelaki maut tersepit, kereta terbabas masuk longkang
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang, menyebabkan pemandunya tersepit.
![Tanah runtuh di Kampung Buruk Bakul selepas hujan lebih sejam Tanah runtuh di Kampung Buruk Bakul selepas hujan lebih sejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682656527_TanahruntuhKampun.jpg)
Tanah runtuh di Kampung Buruk Bakul selepas hujan lebih sejam
Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan menjejaskan sebuah surau dan dewan, di samping lima buah rumah.
![Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680248810_bangloterbakarAyer.jpg)
Tiga sekeluarga cedera, banglo dua tingkat terbakar di Ayer Tawar
Tiga sekeluarga cedera dalam kebakaran yang melibatkan kebakaran sebuah banglo dua tingkat di Taman Dinding, Ayer Tawar, Beruas, hari ini.
![Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668610776_Banjir.jpg)
Pembentung didakwa jadi punca banjir termenung di Beruas
Banjir yang melanda enam kampung di Pantai Remis semalam didakwa berpunca daripada pembentung di kawasan berkenaan yang tidak dapat menampung jumlah aliran air ketika hujan lebat.
![Polis tahan 15 termasuk tokan dadah di Beruas Polis tahan 15 termasuk tokan dadah di Beruas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645516229_Polistahanterm.jpg)
Polis tahan 15 termasuk tokan dadah di Beruas
Kesemua lelaki berusia 21 hingga 61 tahun itu ditahan bersama 337 gram dadah jenis heroin dan syabu serta dua biji pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM13,168.
![40 ekor lembu mati di Beruas, disyaki terminum racun 40 ekor lembu mati di Beruas, disyaki terminum racun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643619234_TBLEMBURACUN.jpg)
40 ekor lembu mati di Beruas, disyaki terminum racun
Kira-kira 40 ekor lembu dijumpai mati di sebuah ladang buah naga di Sungai Rotan, Padang Gajah, dekat sini, semalam.
![Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635336930_SembilanPPSdibuka.jpg)
Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS
Mereka terdiri daripada 26 lelaki dewasa, 25 wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.
![Menteri dari UMNO perlu buktikan berkhidmat untuk rakyat - Ketua Bahagian Beruas Menteri dari UMNO perlu buktikan berkhidmat untuk rakyat - Ketua Bahagian Beruas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628327362_DatukAzharAhmad.jpg)
Menteri dari UMNO perlu buktikan berkhidmat untuk rakyat - Ketua Bahagian Beruas
Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad menjelaskan selain menumpukan terhadap masalah rakyat, ahli politik juga perlu taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.
![Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke PPS di Beruas Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke PPS di Beruas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81589075568_banjir.jpg)
Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke PPS di Beruas
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas.
![Tiga Ahli Parlimen DAP digantung sesi Parlimen 10 hari Tiga Ahli Parlimen DAP digantung sesi Parlimen 10 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61522039552_ParlimenGantung.jpg)
Tiga Ahli Parlimen DAP digantung sesi Parlimen 10 hari
Tiga Ahli Parlimen DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari kerana menghina Speaker Dewan Rakyat serta kemuliaan institusi tersebut.