Kedutaan Filipina menggesa warga Filipina beragama Islam yang berada Malaysia untuk menyokong kepimpinan Presiden Rodrigo R. Duterte, khususnya terhadap proses damai dan inisiatif pembangunan ekonomi untuk Mindanao.
Duta Besar Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya membuat gesaan itu pada majlis sambutan Aidilfitri dianjurkan kedutaan itu dan Union of Filipino Muslims in Malaysia, baru-baru ini.
Tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang.
"Pentadbiran baharu di bawah pimpinan Presiden Rodrigo Duterte telah memberi keutamaan terhadap pembangunan Mindanao dan kebajikan orang Islam, peribumi suku Lumad dan penganut Kristian di sana.
"Sebagai anak jati Mindanao, beliau amat arif dengan keperluan di kawasan itu dan telah memberi perhatian terhadap semua sektor komuniti di Mindanao," kata Malaya dalam ucapannya yang diedarkan kepada media menerusi kenyataan dan laman Facebook.
Menurut kenyataan itu, 10 anggota kerajaan Filipina (GPH) dan Pasukan Pelaksana Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) akan mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Ogos untuk memulakan usaha bagi pelaksanaan pelan damai Bangsamoro.
Delegasi GPH akan diketuai Setiausaha (Menteri) Jesus Dureza daripada Pejabat Penasihat Presiden bagi Proses Damai.
Bagi Azman pula, beliau mengambil perhatian tentang hubungan kukuh antara Filipina dan Malaysia, dengan harapan hubungan akan bertambah kukuh lagi di bawah pentadbiran baharu itu.
"Saya berharap akan wujud lebih banyak peluang bagi kerjasama antara kedua-dua negara kita, lebih-lebih lagi Presiden Duterte adalah dari Mindanao, dan pastinya akan memberi perhatian terhadap kebimbangan di sana, termasuk kalangan warga Filipina beragama Islam," katanya.
Pada majlis itu, barisan baharu pemimpin Union of Filipino Muslims in Malaysia mengangkat sumpah jawatan di hadapan Duta Malaya.
Bernama
Sat Aug 06 2016
Kedutaan Filipina menggesa warga Filipina beragama Islam yang berada Malaysia untuk menyokong kepimpinan Presiden Rodrigo R. Duterte (gambar). -Foto fail
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiriā¦
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Warga Filipina beragama Islam di Malaysia digesa sokong Presiden Duterte
Duta Besar Filipina di Malaysia J. Eduardo Malaya membuat gesaan itu pada majlis sambutan Aidilfitri dianjurkan kedutaan itu dan Union of Filipino Muslims in Malaysia.