KOTA BHARU: Demi kelangsungan hidup, segelintir warga emas dari Thailand sanggup datang ke negeri ini untuk mencari rezeki dengan berniaga makan ringan dan kerepek sebelum pulang semula ke kampung halaman mereka.
Rata-rata merupakan penoreh getah di tempat asal mereka dan hanya berniaga selama sebulan sebelum pulang semula ke kampung untuk berehat.
Seorang peniaga kerepek warga emas yang dikenali sebagai Kak Rah berkata, walaupun nilai mata wang di Malaysia lebih murah tetapi dia tetap memilih untuk berniaga di sini.
Wanita berusia 61 tahun itu mendakwa, harga getah yang murah di Thailand antara sebab dia mencari jalan berniaga di sekitar bandar di Kota Bharu.
"Sekurang-kurangnya saya masih boleh mendapat rezeki untuk berbelanja di kampung dan tidak perlu bersusah-payah menoreh getah atau meminta wang anak-anak," katanya.
Jelasnya, mereka akan membeli beberapa jenis makanan ringan termasuk kerepek pisang, baulu, kerepek ubi, keropok dan makanan ringan lain di Pasar Siti Khadijah dan menjualnya semula kepada orang ramai.
Selain itu, katanya, mereka juga turut menyewa kereta pada kadar RM25 untuk menghantar dan mengambil di kawasan kampung dan lokasi yang dipilih.
"Hasil jualan sehari antara RM60 hingga RM200 bergantung kepada sejauh mana saya boleh berjalan dan pelanggan yang membeli.
"Biasanya selepas tiga hari saya akan membeli lagi makanan sama untuk dijual," ujarnya.
Bagaimanapun, Kak Rah mengakui bukan mudah bekerja dalam situasi 'haram' kerana ada ketikanya dia terpaksa berkurung bagi mengelak ditahan penguat kuasa kerana tiada permit berniaga.
"Pada Ramadan lalu kami terpaksa berhimpit sehingga 40 penyewa dalam sebuah rumah," katanya.
Ketika itu katanya, ramai penduduk miskin di beberapa daerah di Thailand datang untuk meminta zakat dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri.
Dia yang tinggal di sebuah kampung di Pattani juga pernah sampai ke Shah Alam untuk berniaga kerepek tetapi tidak lama kerana dilanda pandemik COVID-19.
Sementara itu, rakannya yang dikenali sebagai Kak Nab, 60-an pula memberitahu, dia sudah lebih enam tahun berniaga dan berulang-alik dari Songkhla ke Kelantan.
Katanya, rutin setiap hari ialah berjalan mencari pelanggan di kawasan kampung dan ada sasaran jualannya.
Kak Nab yang sudah kematian suami beberapa tahun lalu gembira mencari rezeki di bandar Kota Bharu.
"Saya datang ke sini dengan hanya fokus berniaga dan pulang ke kampung untuk berehat beberapa bulan sebelum kembali semula ke sini," jelasnya.
Wanita itu juga mengakui terpaksa bertahan walaupun penat membawa barang demi mencari rezeki.
"Memang penat pada mulanya tetapi Alhamdulillah ia berkurangan jika barang dibeli pelanggan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023
Rata-rata merupakan penoreh getah di tempat asal mereka dan hanya berniaga selama sebulan sebelum pulang semula ke kampung untuk berehat. - Gambar/ Sinar Harian
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Warga emas Thailand berhimpit sewa rumah, jual kerepek di Kelantan
Segelintir warga emas dari Thailand sanggup datang ke negeri ini untuk mencari rezeki dengan berniaga makan ringan dan kerepek sebelum pulang semula ke kampung halaman mereka.