PUTRAJAYA: Warga emas yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memandangkan mereka masih berisiko untuk dijangkiti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Bercakap kepada Bernama, beliau berkata meskipun telah divaksinasi, warga emas perlu menggunakan pelitup muka apabila keluar rumah serta mengamalkan penjarakan fizikal kerana vaksin berkenaan berkesan selepas dua minggu suntikan dos kedua.
"Mereka (warga emas) divaksinasi ini masih boleh dijangkiti. Oleh itu, disarankan untuk terus patuh kepada SOP dan elakkan 3S iaitu kawasan yang sesak, elakkan kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat," katanya.
Dr Noor Hisham sebelum ini memaklumkan 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas melengkapkan dos vaksinasi mereka, dengan sembilan orang dilaporkan dijangkiti setelah lebih dua minggu menerima dos kedua sementara 31 lagi dijangkiti dalam tempoh kurang daripada dua minggu selepas inokulasi.
Dr Noor Hisham berkata mereka yang dijangkiti selepas divaksinasi hanya mengalami gejala ringan selain ia tidak membawa mudarat dan mampu menyelamatkan nyawa.
"(Vaksin) memberi perlindungan dalaman manakala pematuhan SOP akan memberikan perlindungan luaran daripada dijangkiti COVID-19," katanya.
Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan memberi keutamaan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berisiko tinggi yang memiliki sejarah penyakit kronik bermula 19 April.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 29 2021

Dr Noor Hisham berkata, mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti, oleh itu, mereka disarankan untuk terus patuh kepada SOP dan elakkan 3S. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Lelaki warga emas terkunci dalam bilik air ditemui meninggal dunia
Pihak JBPM Perak menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.14 pagi.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

KPDN Pulau Pinang serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang merampas 334 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Selamat, di sini hari ini.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Warga emas terpelanting tujuh meter disondol lembu
Beberapa penduduk yang cuba membantu mangsa terpaksa berundur kerana haiwan berkenaan masih dalam keadaan agresif.

Wanita warga emas disyaki curi wang majlis kahwin direman empat hari
Turut direman bersama suspek ialah seorang lelaki yang juga warga emas berusia 62 tahun dipercayai rakannya untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

PM Anwar beri sumbangan kepada Binnamal, warga emas hidap penyakit kronik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada seorang warga emas wanita yang cekal menghadapi kehidupan meskipun menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan kaki bengkak

Polis kesan pemandu pecuan empat roda sengaja rempuh kereta di Teluk Intan
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.