BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri'.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 73 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu Ogos lalu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.
Katanya, lelaki tersebut memberitahu mangsa mempunyai hutang bank, yang mana kemudiannya panggilan berkenaan disambungkan kepada 'Datuk Seri', selain menyatakan mangsa turut terbabit dengan kes dadah.
"Lelaki itu kemudiannya menawarkan bantuan kepada mangsa untuk menyelesaikan kes dengan membuat pembayaran ke nombor akaun yang diberikan oleh individu berkenaan.
"Mangsa yang percaya dengan dakwaan itu dan membuat pembayaran sebanyak empat kali menerusi mesin deposit tunai dan sekali pembayaran dalam talian dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM426,450," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ismail berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
"Pihak polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan orang ramai juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai sebarang keraguan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Oct 22 2022

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, mangsa berusia 73 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang individu Ogos lalu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis. - Gambar hiasan
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.

Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala di tangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh.

Pesara wanita rugi RM113,850 akibat 'phone scam'
Seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru dengan panggilan penipuan (phone scam) di Perak apabila mengalami kerugian RM113,850 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan penghantaran barang di T

Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Baling
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya berhampiran Taman Seri Baling terlibat dalam kebakaran pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.

Warga emas maut motosikal rempuh kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta.

Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim

Warga emas rugi RM426,450 diperdaya Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri'.

Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.