IPOH: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemukan selamat di sebuah kebun getah di pekan Karai dekat Kuala Kangsar, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput Mohd Jamaluddin Mat Yusof berkata Syed Mohd Hiruddin Syed Mahmood, 65, dijumpai dalam keadaan lemah pada 4.20 petang oleh orang awam dan dibawa keluar dari kebun getah itu oleh pasukan bomba.
Beliau berkata warga emas itu dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Enggor, Kuala Kangsar kira-kira 1 tengah hari Selasa dengan berjalan kaki seorang diri.
"Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima laporan berkaitan orang hilang semalam. Mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, kehilangan Syed Mohd Hiruddin disedari anaknya apabila mendapati bapanya yang merupakan OKU pendengaran dan pertuturan itu tidak pulang ke rumah dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Karai.
Syed Mohd Hiruddin yang memakai kemeja-T dan berkain pelekat dikatakan kali terakhir dilihat berjalan kaki di hadapan Sekolah Kebangsaan Karai kira-kira 7 malam, Selasa lepas.
Gerakan mencari warga emas itu dilakukan orang kampung sejauh 10 kilometer dan dia juga dikatakan kali terakhir dilihat di Kampung Loh, Kampung Intan Suraya dan jalan keluar pekan Karai.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
Syed Mohd Hiruddin Syed Mahmood, 65, dijumpai dalam keadaan lemah pada 4.20 petang oleh orang awam dan dibawa keluar dari kebun getah itu oleh pasukan bomba. - Foto Twitter/@bernamadotcom
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Polis mohon bantuan kesan Noor Amni Nazaranee
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Bukit Puchong, Putra Perdana di sini semalam.
ASEAN-Malaysia 2025 [7/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Warga emas OKU hilang sejak Selasa ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas ditemukan selamat di sebuah kebun getah di pekan Karai dekat Kuala Kangsar, semalam.