KUCHING: Misteri kehilangan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 9 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No. 6, Kuching pada Khamis.
Mayat lelaki tersebut ditemui pekerja pembersihan ketika sedang melakukan aktiviti pembersihan sungai berkenaan sekitar jam 11.30 pagi tadi.
Penemuan mayat tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak pengurusan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) dan pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan masih lengkap berpakaian, berbaju batik, berseluar biru muda dan berkasut hitam bersama-sama dompet yang dipercayai mengandungi data peribadi mangsa.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superitendan Merbin Lisa, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian telah mengenal pasti identiti mangsa sebagai lelaki berbangsa Cina, berusia 80 tahun.
“Mangsa telah dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 9 Ogos lalu.
“Pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mangsa pula tidak menemui sebarang kecederaan yang mencurigakan dan keadaan mayat mangsa dalam proses pereputan,” katanya.
Identiti mangsa katanya, kemudian dikenali sebagai Tan Phoo Leng, yang mengalami masalah pendengaran.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk prosedur bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Aug 11 2022
Mayat lelaki tersebut ditemui pekerja pembersihan ketika sedang melakukan aktiviti pembersihan sungai berkenaan sekitar jam 11.30 pagi tadi.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Warga emas OKU hilang, ditemukan mati di Sungai Sarawak
Misteri kehilangan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 9 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No. 6, Kuching pada Khamis.