Seorang warga emas maut dalam keadaan tragis dengan kepala digilis lori selepas terbabit kemalangan di Kampung Kemumin, Panchor, di sini pada Selasa.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi dan mangsa, Md Salah@Md Salleh Omar, 69, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas motosikal lelaki tersebut bergesel dengan sebuah lori menyebabkan mangsa terjatuh lalu kepalanya digilis kenderaan berat itu.
Katanya, lori itu dari arah Panchor ke Panji dan sebaik sampai di lokasi kemalangan lori dipandu secara perlahan dan berhenti bagi memberi laluan kepada sebuah bas yang datang dari arah bertentangan untuk masuk ke lorong di sebelah kiri laluan.
“Ketika meneruskan semula perjalanan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz datang dari arah sama cuba memotong lori itu di laluan kiri jalan dan dipercayai bergesel di bahagian sisi kiri belakang lori.
“Mangsa kemudian terjatuh sebelum digilis tayar belakang kiri lori. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pihak perubatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.
Menurut beliau, mangsa yang beralamat di Kampung Chepa, Sering dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.
“Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan ini supaya tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau menghubungi talian 09-7752200 bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 24 2021

Mayat mangsa yang terlantar di atas kiri bahu jalan raya dalam keadaan tragis kepala digilis lori kerana terbabit dalam kemalangan di Kampung Kemumin, Panchor, di sini pada Selasa. - Foto ihsan PDRM, gambar kecil: Abdul Rahim
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Warga emas maut kepala digilis lori
Kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi dan mangsa, Md Salah@Md Salleh Omar, 69, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.