Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Air Koryo), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga Korea Utara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara ini kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp.
Khalid berkata polis juga telah menghantar permohonan melalui Kementerian Luar bagi mendapatkan kerjasama daripada Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, pemegang pasport atas nama Kim Chol.
Ditanya adakah surat permohonan melalui Wisma Putra telah diserahkan kepada Kedutaan Korea Utara, beliau berkata: "sudah serah".
Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata polis akan mematuhi protokol antarabangsa untuk menyiasat dan mendapatkan keterangan daripada Kwang-song, yang mempunyai imuniti diplomat.
Pada 13 Feb lalu Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan tangan yang dilumur bahan beracun.
Jong-nam, abang kepada pemimpin utama Korea Utara Kim Jong-un itu, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Pada Rabu lepas, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan membunuh Jong-nam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bahan kima 'Ethyl S-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate' atau agen saraf VX dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan itu.
Dalam pada itu Ri Jong-chol, 47, yang direman sejak 18 Feb berhubung siasatan kes pembunuhan itu, dalam proses dibebaskan dan dihantar pulang berikutan tiada bukti kukuh untuk mendakwanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
KHALID: PDRM mengeluarkan waran tangkap terhadap Kim Uk-il, 37, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga Korea Utara. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Waran tangkap terhadap Kim Uk-il bantu siasatan kes pembunuhan - Khalid
PDRM mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Air Koryo), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang warga Korea Utara.