KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Mohd Nor Hamzah hadir ke mahkamah hari ini bagi memberi keterangan perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, Khamis lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.
Sebelum ini, Mohd Nor diarahkan hadir untuk menyambung dan memberikan keterangannya pada Khamis lalu, namun beliau gagal berbuat demikian.
Susulan itu Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengeluarkan perintah berkenaan selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Pada 12 Februari lalu Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional (BN).
Mahkamah kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.
Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PR15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Astro Awani
Sun Mar 19 2023
![Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679198459_TBMATNORjpg.jpg)
Mohd Nor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000 Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716357382_tbpartiliar.jpg)
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
![Portfolio 10 Exco Terengganu diumum Rabu - MB Portfolio 10 Exco Terengganu diumum Rabu - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692096868_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
Portfolio 10 Exco Terengganu diumum Rabu - MB
Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu akan diumumkan pada Rabu.
![Kes serangan anjing liar ke atas ternakan di Terengganu serius - Exco Kes serangan anjing liar ke atas ternakan di Terengganu serius - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683794417_Kesserangananjing.jpg)
Kes serangan anjing liar ke atas ternakan di Terengganu serius - Exco
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan bersepadu dalam masa terdekat susulan peningkatan kes melibatkan kematian haiwan ternakan akibat serangan anjing liar di negeri ini.
![Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679198459_TBMATNORjpg.jpg)
Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.
![Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678959230_TBEXCOTGANU.jpg)
Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.
![Exco Terengganu didenda RM2,000 langgar SOP Aidilfitri Exco Terengganu didenda RM2,000 langgar SOP Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620988306_Excodidendalang.jpg)
Exco Terengganu didenda RM2,000 langgar SOP Aidilfitri
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu Azman Ibrahim hari ini didenda RM2,000 setelah didapati melanggar SOP.
![COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601977716_WismaDarulIman.jpg)
COVID-19: Empat pejabat Exco Terengganu di Wisma Darul Iman ditutup 14 hari
Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut di kawasan berkenaan.