JOHOR BAHRU: Seorang wanita dan tiga kanak-kanak lelaki cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan menghala Taman Damai sebelum Punggai, di Kota Tinggi semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Deddy Borhan Umaali berkata seramai 15 anggota termasuk dari BBP Sungai Rengit dikejarkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada 8.28 malam.
Beliau berkata wanita yang berusia 54 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia tujuh, lima dan empat tahun menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.
Kereta kebal milik ATM yang dalam perjalanan balik ke kem Teluk Sepang dipercayai telah berlanggar dengan kenderaan MPV itu, katanya.
“Bagaimanapun, wanita dan tiga kanak-kanak terbabit tidak tersepit di dalam kenderaan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya bertindak memberikan rawatan awal kepada kesemua mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi.
Beliau bagaimanapun menjelaskan dua anggota yang berada di dalam kereta kebal itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
![Wanita, tiga kanak-kanak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM Wanita, tiga kanak-kanak cedera kemalangan dengan kereta kebal ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691633082_tbkeretaperisaiATM.jpg)
Anggota bomba membantu mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta perisai dan MPV di jalan menghala Taman Damai, sebelum Punggai, di Kota Tinggi, malam tadi. - Foto Sinar Harian
![Tembok besi beri keinsafan, peluang hayati al-Quran - Tahanan Tembok besi beri keinsafan, peluang hayati al-Quran - Tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720108931_TembokBesi.jpg)
Tembok besi beri keinsafan, peluang hayati al-Quran - Tahanan
Bagi Syafikah, aktiviti berbentuk kerohanian dan keislaman memberi banyak tunjuk ajar kepada dirinya untuk membina jati diri.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720108288_OngKimSwee.jpg)
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
![Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720051183_tbNgaKorMing.jpg)
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
![Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720100172_minumankeras.jpg)
Kastam tumpaskan sindiket seludup minuman keras di sebalik sayur import
JKDM menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras yang mengikrar barangan sebagai sayur-sayuran, menerusi penahanan dua kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 13 Jun.
Tumpuan Jumaat – 05 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720105938_KLIAGasBocor.jpg)
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.
Consider This: UK Elections - Foregone Conclusion? (Part 2)
Prime Minister Rishi Sunak is in a fierce battle to retain his position, facing a formidable challenge from Labour leader Keir Starmer. As the Conservatives brace for what could be a historic defeat, all eyes are on whether Labour will secure a decisive victory. However, is it a foregone conclusion? On this episode of #ConsiderThis Hafiz Marzukhi speaks to Karisma Putera Abdul Rahman, Policy Research Analyst at Bait Al Amanah
![Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718554923_TBNenekHiilang.jpg)
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.
![Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718153723_mautparahlorib.jpg)
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
![Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717731024_Kebakaran.jpg)
Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah
Dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
![Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717650425_RosdiyanaSudarto.jpg)
Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum
Tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
![Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717478346_pokoktumbang.jpg)
Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.
![Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717418575_tbBombaSelamatkan.jpg)
Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta
Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta hari ini.
![Sembilan rumah kedai musnah terbakar Sembilan rumah kedai musnah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716955071_tbrumahkedaiterbb.jpg)
Sembilan rumah kedai musnah terbakar
Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.
![6,000 ayam rentung, reban terbakar 6,000 ayam rentung, reban terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716698225_ayamrentungr.jpg)
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
![Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716641409_DrownGeneric.jpg)
Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas
Mayat Nicholas Daniel, 38, ditemukan di kawasan tujuh kilometer dari perahunya yang dijumpai pada hari dia dilaporkan hilang.
![Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715905865_JBPMPerakbanjir.jpg)
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.