ALOR SETAR: Seorang wanita menjalankan kegiatan pecah rumah, premis perniagaan dan kenderaan ditahan polis pada Rabu.
Ini susulan cubaan suspek memecah sebuah kenderaan yang dipakir di pusat bandar dan mencuri barangan di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek turut terlibat dalam kejadian mencuri telefon bimbit dan wang tunai milik pasangan suami isteri bernilai RM4,000 di Taman Teratai Jingga, pada 1 November lalu.
Katanya, suspek kemudiannya melakukan kegiatan sama mencuri beg tangan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari yang sama.
"Siasatan awal kita dapati memang wanita ini ada telibat kes kes pecah rumah dan curi dalam bangunan," katanya.
Suspek bagaimanapun bejaya ditahan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai, kira-kira jam 1.30 petang semalam.
Ahmad Shukri berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah.
Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Nov 11 2021

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah. - Foto ihsan PDRM

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Dua parah ditetak 11 lelaki pecah masuk rumah
Dua lelaki tempatan cedera parah selepas ditetak 11 lelaki bertopeng yang memecah masuk kediaman mereka di Jalan Bunga Melur, Batu 14, Puchong, Selangor, tengah malam Sabtu.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa
Tiga ahli 'Geng Atan' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah dengan niat mencuri, bulan lepas.

Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.

Lelaki dengan 35 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah, curi
Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat seorang wanita selepas rumahnya di Taman Acbe dipecah masuk pada 21 Okt lepas.

'Geng Takim' aktif pecah rumah tumpas di Changkat Jering, tiga ditahan
Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah premis dan curi kenderaan selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita dipercayai anggota kumpulan dikenali sebagai Geng Takim.

Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai melakukan jenayah secara solo ditahan di sebuah hotel di Angkasa Nuri kira-kira 4.20 petang 16 Okt.

Tanah runtuh Melawati: Polis jamin rumah mangsa dikawal rapi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kediaman mangsa yang terlibat dengan tanah runtuh di Taman Melawati akan dikawal rapi bagi mengelakkan sebarang kejadian pecah rumah.

Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis
Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.

Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.