GEORGE TOWN: Seorang wanita yang sesat hampir 20 jam di dalam hutan sewaktu melakukan aktiviti mendaki bukit di Botani Hill, Jalan Kebun Bunga di sini, diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi JBPM negeri, wanita berusia 52 tahun itu dilaporkan hilang pada jam 4.04 petang Sabtu selepas keluar mendaki bersendirian di kawasan berkenaan.
Mangsa ditemui pada jam 2.57 petang tadi dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, mangsa yang kelihatan tidak bermaya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.
Siasatan mendapati, mangsa telah tersesat selepas gagal menjumpai jalan keluar semasa melakukan aktiviti pendakian.
"Wanita itu dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan juga telah menghantar lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp kepada komander operasi namun dia gagal dihubungi dan pencarian hanya berpandukan kepada lokasi terakhir yang dihantar itu sahaja," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa hingga lewat malam pada Sabtu namun wanita itu gagal dikesan.
Operasi mencari kemudian disambung bermula jam 8 pagi pada Ahad dengan penambahan anggota pencarian seramai 44 orang yang terdiri daripada pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba sukarela.
"Tindakan operasi melakukan pencarian di kawasan Air Terjun Botani dengan jarak 2 kilometer (km) dari kaki bukit.
"Pencarian dibahagikan kepada empat sektor pencarian yang bermula dari kawasan air terjun dengan radius 2 km sebelum mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.57 petang tadi dalam keadaan selamat sebelum operasi terbabit ditamatkan pada jam 4.45 petang,” kata kenyataan tersebut.
Astro Awani
Sun Jan 09 2022
Wanita berusia 52 tahun itu dilaporkan hilang pada jam 4.04 petang Sabtu selepas keluar mendaki bersendirian di Botani Hill, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang. - Gambar ihsan bomba
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita sesat 20 jam sewaktu mendaki sendirian ditemukan selamat
Wanita berusia 52 tahun itu dilaporkan hilang pada jam 4.04 petang Sabtu selepas keluar mendaki bersendirian di Botani Hill, Jalan Kebun Bunga.