KOTA BHARU: Seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan kerugian sejumlah RM95,000 selepas ditipu oleh saudaranya sendiri untuk mendapatkan rawatan kecantikan, malah turut mengalami kesan sampingan terhadap kesihatannya.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata pada Ogos tahun lepas, mangsa telah ditawarkan suspek iaitu seorang wanita untuk rawatan suntikan pemutihan kulit dengan pengakuan bahawa suspek mempunyai kelayakan dan pengalaman bagi rawatan itu.
Beliau berkata menurut mangsa yang berusia lewat 20-an itu, suspek juga mengakui merupakan seorang kakitangan di pusat rawatan kecantikan yang dikenali di ibu negara ini.
"Dalam tempoh dua bulan pada awal tahun ini, mangsa telah menjalani 17 rawatan di rumah suspek, selepas pengadu (mangsa) dimaklumkan suspek mempunyai sijil kelayakan dan mendapat bekalan ubat-ubatan daripada pusat rawatan kecantikan tersebut.
"Dalam tempoh sama, mangsa telah membuat beberapa bayaran kepada suspek berjumlah RM95,000 bagi mendapatkan dua jenis rawatan iaitu 'face jab' dan 'dripping'", katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shafien berkata pada Mac lepas, mangsa mula mengalami masalah kulit yang teruk dan setelah mendapatkan rawatan di pusat perubatan, wanita itu dipercayai telah menerima rawatan kulit yang salah dan kini menghadapi risiko penyakit buah pinggang.
"Mangsa yang tidak berpuas hati menghubungi pusat rawatan kecantikan tersebut dan dimaklumkan bahawa suspek bukan kakitangan di pusat kecantikan berkenaan, serta mereka juga tidak pernah memberi kebenaran untuk rawatan kecantikan dijalankan di luar premis.
"Mangsa telah membuat laporan polis di daerah Tumpat kerana mengesyaki telah ditipu suspek," katanya sambil menambah kes itu dalam siasatan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.
"Pihak polis ingin mengingatkan kepada masyarakat supaya berhati-hati dan sentiasa membuat semakan dengan pihak sewajarnya, sebelum mendapatkan sebarang jenis perkhidmatan yang ditawarkan dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai walaupun dakwaan daripada individu dikenali," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Polis siasat kematian wanita disyaki besarkan payudara
Polis sedang menyiasat kes kematian seorang wanita berusia 29 tahun dipercayai akibat membuat rawatan kecantikan di sebuah pusat kecantikan di Mutiara Rini, Skudai.

Wanita rugi RM95,000 ditipu saudara sendiri untuk rawatan kecantikan, pemutihan kulit
Seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan kerugian sejumlah RM95,000 selepas ditipu oleh saudaranya sendiri.

Nora Danish tinggalkan lakonan demi fokus pada bisnes?
Nora yang cukup popular dengan drama bersiri, Puteri, sebaliknya mengakui bidang seni masih penting pada dirinya meskipun semakin sibuk dengan bisnes.

Tuntutan palsu: Bekas pengurus besar kanan MAHB didenda RM46,800
Tertuduh mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM15,580 untuk rawatan kecantikan.