KUALA LUMPUR: Seorang pembangun perisian teknologi maklumat wanita mengalami kerugian RM1,215,600 akibat diperdaya sindiket Macau Scam, selepas menerima panggilan telefon daripada individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Supt Tan Poh Cheok berkata mangsa yang bekerja di syarikat swasta dan berusia 61 tahun itu, tampil membuat laporan polis semalam.
"Pada 29 Julai lepas, pengadu menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa daripada pihak LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai serta terlibat dalam kes pengubahan wang haram.
"Pengadu kemudiannya telah dihubungi seorang lagi individu mendakwa daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, meminta pengadu untuk mengaktifkan akaun miliknya untuk proses siasatan. Dia juga diminta menyalurkan semua maklumat berkenaan penyata gaji, penyata insurans, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan maklumat saham miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa juga telah diarahkan untuk membuat beberapa transaksi daripada akaun lain dan wang pengeluaran KWSP milik mangsa ke dalam akaun yang baru diaktifkan tersebut.
Tanpa pengetahuan mangsa, Tan berkata wang dalam akaun baharu mangsa telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali, selain turut menerima surat pemakluman melalui aplikasi WhatApps bahawa transaksi pindahan wang tersebut adalah bagi tujuan pembekuan akaun.
"Jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM1,215,600 dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi serta maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
Tan turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah atau aktiviti yang mencurigaikan supaya menyalurkan melalui hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 21 2021

Seorang pembangun perisian teknologi maklumat wanita mengalami kerugian RM1,215,600 akibat diperdaya sindiket Macau Scam. - Gambar hiasan
Yoon Suk Yeol pertahan keputusan isyihar darurat
Susulan itu, lapan hakim yang mengendalikan kes ini akan memutuskan sama ada untuk menyingkirkan Yoon daripada jawatan atau mengembalikannya ke tampuk kepimpinan.
Taiwan tahan kapal kargo China
Pengawal pesisir Taiwan pada Selasa menahan sebuah kapal kargo milik China sebagai respon terhadap isu kabel dasar laut Penghu di selat Taiwan yang terputus. Pihak pengawal pesisir wilayah itu dalam kenyataan berkata, pihaknya menghantar tiga buah kapal bagi mengepung kapal 'Hong Tai 58' yang didaftarkan di bawah Republik Togolese.
Qatar tuan rumah Persidangan Web 2025
Persidangan Web Antarabangsa yang membuka tirainya buat julung kali di Doha, Qatar dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung dari serata dunia. Penganjur sidang berkata, mereka yang hadir termasuk lebih 1,500 pelopor syarikat pemula, ribuan figura pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan teknologi dari 90 buah negara dan rantau seluruh dunia.
Apple Labur $500 Bilion di Amerika Syarikat, Cipta 20,000 Pekerjaan
Apple mengumumkan pelaburan sebanyak 500 bilion dolar Amerika di Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang.
Beribu mangsa pekerjaan scam dibebaskan
Beribu warganegara asing dibebaskan dari jenayah penipuan dalam talian (scam) dalam operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dari tiga negara China, Thailand dan Myanmar. Mereka merupakan kalangan individu yang terperangkap di premis-premis yang dikawal oleh kumpulan penjenayah.
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.

Wanita rugi lebih RM1.2 juta ditipu Macau Scam
Seorang pembangun perisian teknologi maklumat wanita mengalami kerugian RM1,215,600 akibat diperdaya sindiket Macau Scam.