BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) maut dalam kebakaran di kediamannya di Kampung Alma, Bukit Mertajam petang Selasa selepas gagal diselamatkan keluarganya akibat api marak.
Dalam kejadian kira kira jam 5 petang tadi, mangsa, Nuraida Hashim, 43, dikatakan terlantar di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.
Menurut abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rais, 50-an, ketika kejadian dia dan isteri tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Kulim, Kedah.
"Saya dapat panggilan daripada anak saya yang memaklumkan rumah kami terbakar, anak saya memberitahu dia hanya sempat melarikan diri bersama neneknya yang berusia 80-an sementara ibu saudaranya yang terlantar di dalam bilik tidak dapat dibawa keluar memandangkan api sedang marak.
"Saya terus menghubungi bomba dan polis bagi mendapatkan bantuan serta pulang ke rumah serta merta,” katanya.
Abdul Rais berkata, bilik adiknya itu berada berdekatan dengan dapur dan dia mengesyaki bahawa kebakaran itu berpunca daripada litar pintas.
Bagaimanapun dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
“Adik ipar saya sudah dua tahun terlantar di atas katil dan anak memaklumkan bahawa kejadian berlaku terlalu pantas,” jelasnya.
Sementara itu, Komander Operasi Bomba Mohd Fazlee Mohamad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan BBP Bandar Perda bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.08 petang berhubung insiden berkenaan.
Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah (kelas B) dengan anggaran keluasan 90 x 30 kaki persegi.
Kebakaran memusnahkan 40 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut dan api telah dapat dikawal pada jam 5.31 petang.
"Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita (OKU) berada di dalam bilik di atas katil dan berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.
"Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, kebakaran padamkan sepenuhnya pada jam 6.26 petang, dan operasi tamat pada jam 7.48 malam.
"Operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berhampiran dan punca kebakaran masih dalam siasatan," tambahnya.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Apr 11 2023

Dalam kejadian kira kira jam 5 petang Selasa, mangsa, Nuraida Hashim, 43, dikatakan terlantar di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan. - Foto ihsan bomba

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Wanita OKU terlantar atas katil maut dalam kebakaran
Dalam kejadian kira kira jam 5 petang tadi, mangsa, Nuraida Hashim, 43, dikatakan terlantar di atas katil di dalam bilik rumah berkenaan.