KUALA NERANG:Seoarang wanita nyaris maut selepas tergelincir ke dalam Tasik Pedu, pada Jumaat.
Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa dikatakan sedang memancing bersama tiga anggota keluarga lain di tengah tasik tersebut.
Mangsa dikatakan cuba meniti laluan di dalam bot namun dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam tasik.
Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 petang.
Bagaimanapun wanita berusia 40-an itu diselamatkan orang awam dan kemudian mereka meminta bantuan bot APM untuk membawa mangsa ke Hospital Kuala Nerang.
Jarak antara lokasi mangsa terjatuh dengan jalan darat kira-kira tujuh kilometer namun mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan keadaannya stabil.
Mohd Shukri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti memancing berikutan keadaan hujan pada waktu ini menyebabkan air naik yang boleh mengancam keselamatan.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Nov 27 2020

Mangsa dikatakan cuba meniti laluan di dalam bot namun dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam tasik. - Foto/Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Wanita nyaris maut tergelincir ke dalam tasik
Mangsa dikatakan cuba meniti laluan di dalam bot bagaimanapun dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam tasik.

Empat hilang, dua selamat dalam kejadian tongkang karam dekat Pulau Bruit
Seorang juragan dan tiga awak-awak dipercayai hilang manakala dua lagi terselamat apabila sebuah tongkang membawa muatan batu kelikir karam di perairan Laut Cina Selatan.