PORT DICKSON: Seorang juruwang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Port Dickson selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Taman Sutera Lama pada pagi Ahad.
Ketua Polis daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 9.50 pagi daripada anggota Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson.
"Mangsa seorang wanita berusia 36 tahun bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya ditemui tidak sedarkan diri dipercayai terjatuh di dalam bilik air.
"Menurut rakan serumahnya, pada jam lebih kurang 9 pagi selepas bangun tidur seperti biasa, mangsa masuk ke bilik air, setelah hampir setengah jam, mangsa didapati tidak keluar dari bilik air walaupun telah dipanggil berkali-kali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Sehubungan itu, rakannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson untuk mendapatkan bantuan.
Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.
"Mangsa kemudiannya dibawa mendapatkan rawatan susulan di Hospital Port Dickson namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital," katanya.
Aidi Sham berkata, mangsa bekerja di sebuah pasar raya di daerah ini sejak tiga tahun lalu dan sudah berkahwin serta mempunyai seorang anak perempuan berumur 10 tahun.
"Mangsa kini tinggal di rumah berkenaan bersama rakan sekerjanya manakala suami dan anaknya tinggal berasingan di sebuah taman lain.
"Bedah siasat akan dilakukan pada Isnin selepas mendapat keputusan ujian saringan Covid-19," ujarnya.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 29 2021
Seorang juruwang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Port Dickson selepas dipercayai terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Taman Sutera Lama pada pagi Ahad.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Wanita maut terjatuh dalam bilik air
Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.