Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan dalam satu kejadian pada Rabu.
Kemalangan berlaku di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Ajil-Bukit Besi kira-kira jam 4.15 petang.
Nahas mengakibatkan mangsa, Tuan Isma Farazilahidayah Ismail, 36 tahun, maut di tempat kejadian.
Ketika itu, pasangan berkenaan dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh, Kelantan menuju ke Pasir Gudang, Johor Bahru.
Bagaimanapun, sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Toyota Vios yang dipandu suami mangsa berusia 30 tahun itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi tengah penghadang jalan.
Susulan rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, semakan mendapati, pasangan berkenaan dari Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan dan masing-masing bekerja sebagai operator dan kerani di sebuah kilang di Pasir Gudang.
Menurut Mohd Adli, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Astro Awani
Thu Sep 03 2020
![Wanita maut kereta terbabas langgar besi penghadang jalan Wanita maut kereta terbabas langgar besi penghadang jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/51599088094_kerani.jpg)
Toyota Vios yang dipandu suami mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh besi tengah penghadang jalan. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738462493_TBtikam.jpg)
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
![Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737283475_RemajaMaut.jpg)
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
![Peluncur ski Swiss cedera parah selepas terjatuh Peluncur ski Swiss cedera parah selepas terjatuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735521839_tbGinoCaviezel.jpg)
Peluncur ski Swiss cedera parah selepas terjatuh
Ketika insiden, Caviezel dilaporkan hilang keseimbangan sebelum tergelincir ketika menuruni cerun curam.
![Lelaki parah bahu tertusuk besi Lelaki parah bahu tertusuk besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734747494_tbtertusukbesi.jpg)
Lelaki parah bahu tertusuk besi
Lelaki berusia 34 tahun itu terpaksa diturunkan anggota bomba selepas tergantung pada ketinggian 84 meter.
![Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734562579_pelajarUiTMkemala.jpg)
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
![Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731765584_TBkemalangan.jpg)
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
![Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Warga Singapura tikam paderi, didakwa di mahkamah
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
![Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628934979_PolisLogo.jpg)
Murid tahun satu maut, abang dan rakan parah dalam kemalangan
Seorang murid lelaki Tahun Satu maut manakala abangnya serta seorang rakan mereka cedera parah selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah van di Kampung Charok Putih di sini, petang tadi.
![Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71727745252_kemalangan.jpg)
Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit tujuh kenderaan
Kemalangan melibatkan lima buah kereta dan dua motosikal berlanggar, mengakibatkan seramai lapan orang mangsa terlibat.
![Mangsa serangan gajah di Mersing ditidurkan Mangsa serangan gajah di Mersing ditidurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727451697_Mangsaserangangaja.jpg)
Mangsa serangan gajah di Mersing ditidurkan
Mangsa, Zalini Dahlan, 51, masih lagi menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.