Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah flat di sini malam semalam.
Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.40 malam itu disedari penduduk flat berkenaan yang terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menghubungi polis dan ambulans.
"Identiti mangsa yang berumur 43 tahun tersebut telah dikenalpasti dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) yang tiba di tempat kejadian.
"Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HTJS untuk bedah siasat. Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah didapati dalam kes kematian ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Said berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sinar Harian
Sat Nov 09 2019

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 14 flat berkenaan. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Lelaki maut tercampak keluar dalam nahas tiga kenderaan
Muhammad Fitriazrul meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaannya.

Wanita maut jatuh dari tingkat 14
Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah flat di sini malam semalam.

Reman ibu bapa dera anak dilanjutkan tujuh hari
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman sepasang suami isteri dilanjutkan tujuh hari lagi, bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak perempuannya, diperc

Hospital ikut prosedur serah jenazah
Ia melibatkan jenazah seorang individu yang bernama Mahat Sulaiman yang telah meninggal dunia di HTJS pada 9 Sept lalu.

Lelaki ditemukan mati di dalam kereta
Lelaki yang berusia lingkungan 39 tahun itu ditemukan seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di pencawang telekomunikasi pada 6.45 petang di Jalan Bukit Mantin, di sini.