MERSING: Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Mersing - Jamaluang berhampiran Kampung Wak Saam di sini awal pagi Isnin.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussin, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan jalan raya itu melalui talian MERS999 sekitar jam 2.59 pagi.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera LFRT dari BBP Mersing serta tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis BMW, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah kereta jenis Mitsubishi.
"Terdapat 16 mangsa yang terdiri daripada 10 lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan.
"Seorang lagi mangsa dari kereta jenis Mitsubishi telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Menurutnya, tiga lelaki daripada kereta BMW dan tiga lelaki serta dua kanak-kanak dari kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan.
"Bagi kereta Mitsubishi pula, seramai empat lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan sementara seorang wanita meninggal dunia.
"Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulans milik KKM.
"Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 26 2023
Kemalangan melibatkan kereta jenis BMW, Perodua Myvi dan sebuah kereta jenis Mitsubishi. - Gambar/ Sinar Harian
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Mangsa yang terkorban adalah bapa berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 31 tahun, manakala ibu dan anak perempuan mengalami kecederaan.
3 maut, 5 cedera kemalangan tujuh kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur
Nahas yang berlaku sekitar jam 4.13 pagi tadi membabitkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler.
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
Penyanyi Reedzwann terlibat kemalangan, rakan maut
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.
Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Kelantan
Supt Mazlan berkata, mangsa yang berusia 48 dan 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, lebih kurang jam 4 petang.
Warga emas maut dilanggar, tercampak dalam gaung
Lelaki berusia 60 tahun maut di lokasi kejadian manakala tiga lagi mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah bagi mendapatkan rawatan.
Dua maut kemalangan empat kenderaan di Kota Tinggi
Menurut polis, MPV yang hilang kawalan telah melanggar motosikal sebelum penunggang dan penumpang belakang Xpander tercampak ke bahu jalan.
41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan setakat Jun - Sim
Sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.