Seorang wanita hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau bagi pertuduhan mengakibatkan kematian empat lelaki dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan maut pada Ahad lepas.
Tertuduh, Olivia Chong Oi Yun, 34, dituduh melakukan kesalahan itu pada kira-kira 1.20 pagi 8 Julai 2018 di Jalan Chong Thien Vun hadapan Pusat Komersil BDC (1 Arena) ketika memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol yang banyak dalam badan sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah.
Kesemua yang maut ialah Hiew Nyuk Wei, 30, Clawence Wong Vui Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16 dan Chung Vui Chan, 21, manakala yang cedera parah ialah Ching Guan Xiong, 21.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia lengkap tertuduh serta kesemua mangsa.
Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan itu tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas faktor keselamatan.
Namun atas budi bicara, mahkamah telah menawarkan jaminan RM4,000 beserta dua penjamin, lesen digantung sehingga kes selesai, pasport ditahan dan tertuduh perlu melapor diri setiap dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.
Sebelum ini, dilaporkan seorang wanita yang memandu sebuah kereta Vios telah merempuh mati empat lelaki dan seorang lagi cedera parah yang sedang melepak di parkir Pusat Komersil BDC (1 Arena), Jalan Chong Thien Vun.
Dalam kejadian itu, pemandu yang mabuk itu turut merempuh sebuah van jenis Toyota Hiace sehingga terbalik serta dua kereta masing-masing jenis Perodua Bezza dan Myvi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
![Wanita mabuk rempuh empat lelaki hingga maut dituduh di mahkamah hari ini Wanita mabuk rempuh empat lelaki hingga maut dituduh di mahkamah hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531374711_Tawau.jpg)
Olivia Chong dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau hari ini, bagi pertuduhan mengakibatkan kematian empat lelaki dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan maut pada Ahad. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718723302_justintimberlake.jpg)
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.
![Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000 Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697883757_SPRMLogoSPRM.jpg)
Pegawai penguatkuasa ditahan minta suapan RM8,000
Kedua-dua individu itu disyaki meminta RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
![Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689974447_CambodiaElections.jpg)
Kemboja larang jual, minum alkohol semasa pilihan raya umum
Ia bertujuan mencegah gangguan sosial dan memastikan pilihan raya berjalan dalam suasana bebas dan adil tanpa keganasan dan intimidasi.
![21 maut akibat keracunan minuman keras 21 maut akibat keracunan minuman keras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658849716_alcoholarakwine.jpg)
21 maut akibat keracunan minuman keras
Mereka didakwa menelan sejenis minuman keras alkohol yang dipercayai mengandungi racun.
![Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661723171_NetherlandsTruckCr.jpg)
Enam maut dirempuh trak ketika pesta barbeku
Tujuh lagi individu masih menerima rawatan di hospital, termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal.
![Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71654215367_TBKILANGMAUT.jpg)
Pekerja kilang maut dilanggar pacuan empat roda
Siasatan polis juga mengesyaki pemandu kenderaan itu memandu di bawah pengaruh alkohol.
![Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647468040_LelakiBawaParang.jpg)
Lelaki bawa parang ke balai nak tetak polis
Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek disyaki di bawah pengaruh alkohol dengan bau arak yang sangat kuat.
![Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642513481_PDRM.jpg)
Tujuh lelaki ditahan dalam Op Samseng Jalanan
Kesemua individu ditahan dibawa ke BSPT IPD Seremban untuk tindakan lanjut.
![Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621934925_ACPBEHENGLAI.jpg)
Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.
![Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000 Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61619968288_PARTY.jpg)
Padah ingkar SOP, pusat hiburan, pelanggan dikompaun RM120,000
Padah berdegil untuk berhibur, pekerja sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan 19 pelanggan dikompaun polis dengan nilai keseluruhan berjumlah RM120, 000.