KOTA BHARU: Angkara ditipu kartel dadah antarabangsa, seorang wanita terpaksa menghabiskan seluruh kehidupannya di dalam penjara akibat kesalahan menyeludup lima kilogram (kg) kokain ke negara ini pada tahun 2005.
Wanita warganegara Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Angela, 43, itu terjerat dengan kegiatan keldai dadah di negara Thailand itu ketika berusia 25 tahun.
“Pada mulanya saya ditawarkan bekerja sebagai pemandu pelancong tetapi sekumpulan ejen menipu saya apabila menyuruh membawa bagasi-bagasi ‘kosong’ ke negara seperti Brazil, Hong Kong dan Malaysia.
“Saya dapat melarikan diri namun kembali menyerah dan mengikut arahan kumpulan sindiket untuk menghantar bagasi itu melalui penerbangan ke luar negara dan menerima upah AS$2,000 (RM8,900) setiap trip,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Penjara Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.
Cerita ibu kepada seorang anak perempuan berusia 23 tahun itu lagi, semasa perjalanan yang kelima untuk menghantar sebuah bagasi dari Brazil ke Malaysia, dia ditangkap oleh polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor dan dadah kokain dikesan ada dalam bagasi yang dibawanya.
“Saya dibicarakan di mahkamah sebelum didapati bersalah kerana menyeludup 5kg kokain. Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2010.
“Saya merayu sehingga ke Mahkamah Rayuan, namun gagal. Pada 2015, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberikan saya pengampunan daripada hukuman tali gantung kepada menjalani hukuman penjara sepanjang hayat,” katanya sebak dan berharap supaya dibebaskan.
Menurut wanita yang kini fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan itu, sepanjang berada dalam tahanan, dia mengalami mimpi pelik iaitu lancar membacakan surah Maryam walaupun tidak pernah mengenali bahasa Arab.
“Satu lagi mimpi, saya memakai telekung sembahyang bercorak bunga dan duduk di atas sejadah yang besar sambil menghadap tulisan Allah dalam bahasa jawi di dinding.
“Saya kemudian terjaga dari tidur dan menangis lalu berjumpa seorang ustazah yang membawa saya memeluk Islam pada 2011. Saya kini tenang menjalani hukuman dan berasakan inilah agama saya hingga ke akhir kehidupan ini,” ujar sambil mengesat air mata.
Selepas 12 tahun bergelar muslimah dan 18 tahun berada dalam penjara, Angela berjaya khatam al-Quran sebanyak dua kali dan mampu menghafal surah-surah lazim seperti al-Fatihah, al-Kaafiruun, al-Asr, al-Ikhlass, al-Falaq serta al-Kauthar.
“Dulu, saya cemburu tengok penghuni lain sembahyang dan mengaji al-Quran dengan suara yang sedap misalnya membaca ayat Kursi serta Yasin.
“Sekarang, giliran saya pula berasa gembira dan sangat seronok apabila dapat solat berjemaah dan berpuasa bersama-sama mereka pada bulan Ramadan kemudian meraikan Aidilfitri. Semoga saya dapat kembali bebas dari penjara ini pada suatu hari nanti dengan izin Allah SWT,” luahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 01 2023

Selepas 12 tahun bergelar muslimah dan 18 tahun berada dalam penjara, Angela berjaya khatam al-Quran sebanyak dua kali. - Sinar Harian

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Diserang sawan selepas telan ratusan bungkusan kokain, lelaki maut sewaktu penerbangan
Seorang lelaki Jepun telah meninggal dunia setelah menelan 246 beg kokain dalam perjalanan menuju ke negara asalnya dari Mexico City.