KUALA LUMPUR: Seorang bekas ejen unit amanah dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima wang RM219,000 daripada seorang lelaki bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah, tiga tahun lepas.
Hakim Datin Sabariah Othman menjatuhkan hukuman itu selepas Nadihah Nawi, 32, menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Ibu kepada enam anak itu didakwa menerima wang deposit berjumlah RM219,000 daripada seorang lelaki tanpa lesen sah di sebuah restoran di Jalan Ipoh di sini, pada 24 Jan 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pengadu dijanjikan pulangan pelaburan minimum 15 peratus setahun dan pengadu berminat untuk melabur ke dalam sebuah syarikat pengurusan pelaburan sebelum membuat bayaran secara berperingkat dalam akaun bank tertuduh berjumlah RM219,000.
Pengadu telah menyemak dengan syarikat pengurusan pelaburan berkenaan dan mendapati wang pelaburan pengadu tidak wujud serta hasil semakan dengan Bank Negara mendapati tertuduh tidak berdaftar sebagai ejen pelaburan dan namanya tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak mempunyai lesen yang sah untuk membuat kutipan wang daripada pengadu bagi tujuan pelaburan dan wang berkenaan telah digunakan untuk tujuan peribadi.
Terdahulu, peguam Azrul Hasyimi Mohammad mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling minimum dengan mengambil kira anak guamnya mempunyai enam anak tidak bekerja dan hanya bergantung kepada suaminya yang menjual kereta secara sambilan.
"Anak bongsu tertuduh yang berumur 11 bulan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana dijangkiti COVID-19 tahap empat serta mengalami pneumonia. Anak guam saya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama pada masa akan datang," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
"Saya mohon mahkamah mengambil kira kerugian yang dialami mangsa adalah banyak iaitu RM219,000 dan wang tersebut tidak dapat dikembalikan. Mahkamah juga perlu mengambil kira kesalahan komersial kini kerap berlaku dan kes tersebut meningkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Seorang bekas ejen unit amanah dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menerima wang RM219,000 daripada seorang lelaki bagi tujuan pelaburan tanpa lesen sah, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.
Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Pegawai farmasi rugi RM120,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki kerugian sebanyak RM120,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan dua wanita.
Tidak ada perang lain jadikan wanita, kanak-kanak sasaran seperti di Gaza - Erdogan
Selama 13 bulan yang lepas, lebih dua pertiga daripada lebih 50,000 orang awam yang terbunuh di Gaza adalah wanita dan kanak-kanak.
Wanita perlu terus bersuara untuk tingkat representasi dalam Parlimen
Dr Ramli menggesa kaum wanita untuk terus bersuara dan memperjuangkan peningkatan representasi wanita di peringkat Parlimen menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Abigail buktikan wanita pun hebat dalam gusti lengan
Tidak dinafikan sukan gusti lengan sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki kerana memerlukan kekuatan tangan dengan majoriti atlet dilihat memiliki badan yang besar atau 'sado'.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.