JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sedang menjalani hukuman penjara kerana menipu, hari ini dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu berhubung penjualan barangan elektrik yang tidak wujud.
Majistret R. Salini menjatuhkan hukuman penjara 12, 14, 16, 18, dan 20 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Nurul Yasmin Rosli, 33, dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 7 Sept 2021.
Ini bermakna wanita itu yang merupakan ibu kepada bayi berusia tujuh bulan itu, hanya perlu menjalani hukuman penjara 20 bulan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Nurul Yasmin didakwa dengan curang menipu lima individu sehingga mendorong mereka membuat bayaran bagi pembelian barangan elektrik pelbagai jenama ke akaun Hong Leong Bank atas nama Melati Zainol, iaitu ibu tertuduh berjumlah RM5,235 namun tertuduh gagal menyerahkan barang tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah Johor Bahru dari 16 Feb 2021 hingga 25 Jun 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, kesemua mangsa diperdaya selepas menghubungi nombor WhatsApp yang tertera di laman Instagram 'Beauty Saranghae' sebelum membuat tempahan dan pembayaran, namun, mereka tidak menerima sebarang barangan seperti ditawarkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 13 Sept tahun lepas, tertuduh dan ibunya, Melati, 55, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas beberapa pertuduhan menipu berhubung penjualan barang elektrik dan perkakas dapur yang tidak wujud melibatkan kerugian berjumlah RM41,645.
Pada 13 Ogos 2019 pula, Nurul Yasmin didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah, atas empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara di Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Shah Alam. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022

Nurul Yasmin Rosli dihukum penjara berjumlah 80 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu berhubung penjualan barangan elektrik yang tidak wujud bernilai RM5,235. - Gambar BERNAMA
Sektor Perdagangan Runcit Meningkat 8.2% pada Januari 2025
Pada Januari 2025, sektor perdagangan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.2% tahun ke tahun, mencerminkan permulaan yang positif untuk tahun ini. Peningkatan perbelanjaan dalam kategori makanan, minuman, tembakau, dan kedai bukan khusus menjadi pendorong utama, meskipun ada penyesuaian dasar seperti harga diesel yang lebih tinggi. MIDF Research optimis terhadap daya beli pengguna, yang didorong oleh kestabilan pasaran pekerjaan dan sokongan dasar kerajaan. Selain itu, sektor pelancongan yang berkembang pesat dan peningkatan kedatangan pelancong antarabangsa memberikan potensi besar untuk perniagaan berfokuskan pengguna.
AI, E-Dagang pacu kestabilan sektor logistik domestic
Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil pada 2025, dengan dipacu pertumbuhan E-Dagang dan kitaran menaik teknologi global yang dipacu permintaan kecerdasan buatan (AI)
10 serangan AS sasar kawasan di Yaman
Sekurang-kurangnya 10 serangan Amerika Syarikat (AS) menyasarkan kawasan di Yaman, termasuk ibu kota Sanaa pada awal pagi Rabu.
Skim harga barangan sempena Aidilfitri bermula 24 Mac
Kerajaan akan melaksanakan skim kawalan harga maksimum musim perayaan sempena musim Aidilfitri selama 15 hari bermula 24 Mac hingga 7 April depan.

Selangor umum BKK tambahan setengah bulan gaji untuk penjawat awam negeri
Penjawat awam Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) tambahan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Datuk hampir pengsan lihat tangan cucu hancur, pipi terbelah kena letupan mercun
Dua beradik, Muhammad Zharif Daniel dan Muhammad Aiman Naufal, cedera parah akibat letupan mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang.

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

Wanita dipenjara 80 bulan tipu jual barangan elektrik tidak wujud
Tertuduh djjatuhkan hukuman penjara 12, 14, 16, 18, dan 20 bulan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman berjalan serentak.