KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan keganasan terhadap wanita sebagai isu kesihatan, pelanggaran hak asasi wanita, integriti tubuh badan serta hak seksual dan reproduktif.
Beliau berkata wanita yang didera lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok dan penggunaan bahan terlarang berbanding wanita yang tidak didera.
"Tambahan pula, tekanan kronik yang disebabkan oleh keganasan dikaitkan dengan kadar penyakit kronik yang lebih tinggi (seperti penyakit jantung dan diabetes), gangguan kesihatan mental dan jangkitan untuk wanita yang didera," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama melalui rakaman video pada Forum Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan Malaysia tahunan kedua, anjuran Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia hari ini.
Sementara itu, Khairy juga berjanji untuk melakukan lebih banyak lagi untuk mewujudkan dasar yang akan memastikan perlindungan dan tumpuan terhadap kesejahteraan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam semua aspek di negara ini.
"Hak untuk autonomi tubuh adalah janji yang diperakui secara sah oleh undang-undang negara kita untuk setiap rakyat Malaysia. Namun saya tidak menafikan terdapat jurang sosial dan undang-undang penting yang perlu dirapatkan apabila melibatkan wanita dan kanak-kanak perempuan," tambah beliau.
Khairy berkata sebagai negara berdaulat, Malaysia mempunyai komitmen ke arah menegakkan hak asasi manusia untuk semua rakyat Malaysia, termasuk hak kesaksamaan, maruah, autonomi, maklumat dan integriti tubuh badan serta menghormati kehidupan peribadi dan standard kesihatan yang tertinggi termasuk kesihatan seksual dan reproduktif.
"Malaysia juga merupakan penandatangan Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembangunan Penduduk (ICPD) dan Program Tindakannya pada 1994 yang memastikan hak dan pilihan reproduktif untuk wanita dan kanak-kanak perempuan, diikuti Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada 1995, serta mengesahkan komitmen kita terhadap ICPD semasa Persidangan Nairobi pada 2019.
"Ini bukan aspirasi, ia adalah komitmen. Komitmen yang berakar daripada pemahaman iaitu sama seperti kebanyakan negara di dunia, kita mesti buat yang terbaik untuk memastikan dapat memenuhi potensi mutlak, hak dan pilihan individu tanpa mengira umur, jantina atau kepercayaan mereka.
"Dan kita telah menetapkan sasaran untuk mencapai matlamat ini menjelang 2030, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG)," katanya.
Khairy berkata kerajaan telah berusaha untuk menghentikan keganasan rumah tangga terhadap wanita termasuk menubuhkan Pusat Krisis Sehenti yang bertujuan menyediakan akses kepada mangsa keganasan bagi perlindungan, penjagaan kesihatan dan keadilan.
Bernama
Fri Dec 17 2021

Khairy berjanji untuk berusaha mewujudkan dasar yang akan memastikan perlindungan dan tumpuan terhadap kesejahteraan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam semua aspek. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Wanita didera lebih berkemungkinan terlibat tingkah laku berisiko tinggi - Khairy
Wanita yang didera lebih berkemungkinan untuk terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi seperti merokok dan penggunaan bahan terlarang berbanding wanita yang tidak didera.