AYER KEROH: Seorang ibu enam anak didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba mencampakkan anaknya berusia setahun ke dalam longkang tahun lalu.
Tertuduh, Sharifah Norain Mohd Zali, 33 tahun membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, dihadapan hakim Mohd Sabri Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hak pemeliharaan seorang kanak-kanak perempuan telah menyebabkan mangsa didedahkan dengan cara yang mungkin boleh mengalami kecederaan fizikal apabila cuba mencampakkannya ke dalam longkang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, tertuduh turut didakwa telah mendedahkan mangsa sama kepada kecederaan dengan cara dia membawa mangsa bersama-sama melompat dari motosikal ke atas jalan raya.
Kesalahan itu dilakukan antara pukul 8.40 malam hingga 9.40 malam di Jalan Pandan, Taman Pandan Maju dalam daerah Melaka Tengah pada 13 Julai tahun lalu.
Justeru, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Sebagai tambahan hukuman jika disabitkan hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Goh Chin Han merayu hukuman rendah memandangkan tertuduh mengalami kemurungan ketika kejadian kerana tidak mempunyai pekerjaan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal bagaimanapun dalam hujahannya berkata, tertuduh tidak sepatutnya mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemurungan sebagai alasan.
Tertuduh juga sudah mempunyai pengalaman menjaga lima anaknya yang lain apatah lagi mangsa baru berusia kurang dua tahun ketika kejadian.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mohd Sabri pada penghakimannya kemudian menetapkan hukuman denda RM6,000 bagi setiap pertuduhan atau tiga tahun penjara jika gagal bayar.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan bon berkelakuan baik sebanyak RM5,000 tanpa cagaran selama dua tahun.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Dec 30 2022
Tertuduh, Sharifah Norain Mohd Zali, 33 tahun membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, dihadapan hakim Mohd Sabri Ismail. - Astro AWANI
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Wanita didenda RM12,000 cuba campak anak dalam longkang
Tertuduh membuat pengakuan itu sejurus dua pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya, dihadapan hakim.