PETALING JAYA: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan-bahan (item) berkaitan kumpulan pengganas Daesh dan memberi sokongan kepada kumpulan tersebut, bulan lepas.
Fauziahanim Abdullah, 57, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa memiliki bahan-bahan berkaitan Daesh dalam telefon bimbit miliknya dan sebuah pemacu kilat USB di sebuah unit kondominium di Persiaran Kinrara Seksyen 3, Puchong di sini pada 9.02 pagi, 23 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Instagram atas nama Aurora Millisaa @Hanee_bear_ di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada 9.15 pagi, 28 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Fauziahanim Abdullah, 57, dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini. - Gambar/ Bernama
Sarawak dan LTAT tandatangan MoU beri manfaat enam sektor utama
Abang Johari berkata Sarawak sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Gangguan IT global: Apa kesan kepada keselamatan siber negara?
Bersama di talian, Siraj Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia.
CrowdStrike akui gangguan pada sensor felcon
Firma Keselamatan IT CrowdStrike menyiarkan mesej telefon pada Jumaat mengatakan ia mengambil maklum mengenai laporan gangguan sisten pengendaliaan Windows Microsoft yang berkaitan dengan sensor falconnya.
NACSA sahkan pelbagai sektor kritikal terjejas di Malaysia
Di Malaysia, NACSA telah memerhatikan gangguan operasi dalam bidang utama. Sebagai contoh, operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah terjejas, menyebabkan proses daftar masuk manual dan masa menunggu yang dilanjutkan.
Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini disebabkan oleh gangguan global Microsoft Azure.
Beberapa negara alami gangguan IT, operasi lapangan terbang terjejas
Perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan operasi di beberapa negara termasuk Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara tuntut pemulangan tambang!
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara-cara untuk mohon pemulangan tambang!
Olimpik Paris: 'Semangat Juara' nyanyian Faizal Tahir lagu rasmi kontinjen Malaysia
Lagu 'Semangat Juara' nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, menjadi lagu rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Gangguan IT global: Operasi Pelabuhan Klang tidak terjejas
Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri.
Wanita didakwa sokong, miliki bahan berkaitan kumpulan Daesh
Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan memiliki bahan-bahan (item) berkaitan kumpulan pengganas Daesh.