KEPALA BATAS: Wanita yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian di rumah mereka di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor di sin kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Mohd Asri Shafie, berkata mangsa berusia 35 tahun itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.
"Berdasarkan maklumat doktor yang merawat mangsa, wanita itu berada dalam keadaan kritikal dan pasukan perubatan sedang membuat pemantauan rapi," katanya, ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Katanya, operasi mengesan suspek, yang juga suami mangsa itu, giat dijalankan namun polis percaya pekerja ladang berusia 36 tahun itu masih berada di sekitar Pulau Pinang atau bersembunyi di negeri jiran sahaja.
"Dalam operasi bagi mengesan suspek yang dijalankan oleh pihak polis semalam, kami mendapat maklumat daripada saksi yang memaklumkan ternampak lelaki itu telah keluar dari kawasan ladang sawit tersebut dengan menumpang sebuah van kilang.
"Polis akan mengesan van kilang itu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pergerakan suspek bagi mengesannya untuk membantu siasatan kes tersebut," katanya.
Mohd Asri berkata pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat suspek agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, wanita tersebut melecur tahap tiga akibat dibakar suaminya menggunakan petrol dalam kejadian perselisihan faham keluarga di rumah mereka.
Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.45 malam daripada jiran mangsa, sebelum sepasukan polis terus ke lokasi, namun mangsa relah dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB).
Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang bekerja di ladang kelapa sawit itu, mempunyai empat orang anak berusia 10 hingga 13 tahun dan semasa kejadian, anak-anak mereka berada di rumah yang disediakan majikan mereka di ladang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Mangsa berusia 35 tahun itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berada di bawah pemantauan doktor pakar. - Gambar hiasan

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Wanita dibakar suami dalam keadaan kritikal
Wanita yang melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan akibat dibakar suaminya dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.