Wanita yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video YouTube sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing peliharaannya, telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Maznah Mohd Yusof, 38 atau lebih dikenali sebagai Chetz Yusof dibebaskan pada jam 12.20 tengah hari tadi.
Menurut peguamnya, G.Visvanathan Nair, pendaftar mahkamah Mohd Anuar Ostadi yang telah mengeluarkan arahan tersebut.
“Maznah telah dibebaskan namun masih perlu untuk menghadirkan dirinya selepas ini jika diperlukan berkenaan kes tersebut,” kata Visvanathan.
Jika dirinya gagal untuk menghadiri mahkamah, dia boleh didenda sebanyak RM10,000.
Beliau menambah bon mahkamah tersebut telah diberikan di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah.
“Dia kini dibawa ke balai polis untuk mengambil semula barang-barang peribadinya dan dijangka akan dilepaskan selepas itu,” kata Visvanathan.
Chetz telah menajdi bualan di media sosial setelah dia memuatnaik video sambutan Hari Rayanya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lalu di YouTube pada Isnin lalu.
Dia ditahan pada Rabu lalu di Bukit Aman, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Segamat kemudiannya.
Astro Awani
Fri Aug 02 2013
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Wanita cetus kontroversi video sambutan Hari Raya dengan anjing dibebaskan
Wanita yang mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video YouTube sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing peliharaannya, telah dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.
Dr Harussani: Perlakuan membersihkan binatang seperti wuduk adalah dilarang
Menyamatarafkan perlakuan membersihkan binatang seperti mengambil wuduk adalah dilarang sama sekali dalam Islam.
Kekurangan literasi budaya dikalangan Generasi-Y -- Prof Datuk Dr Shamsul
Kekurangan literasi budaya merupakan antara faktor utama kejadian menghina agama lain berlaku di laman internet.
SKMM akan panggil pembikin video Raya bersama anjing beri keterangan
SKMM akan memanggil pembikin video Youtube kontroversial bertajuk Video Menghina Islam 1 Hari di Hari Raya, untuk memberi keterangan hari ini.