Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis bersama dua individu kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Suspek berusia 60 tahun itu disyaki telah menerima wang rasuah sebanyak 10 peratus bagi setiap projek yang dianugerahkan oleh JPS Perlis kepada kontraktor-kontraktor dilantik sejak tahun 2014 hingga 2017.
Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan oleh SPRM adalah dua pemilik syarikat berusia 50 dan 39 masing-masing yang dipercayai telah bersubahat dengan pengarah tersebut.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata siasatan dimulakan selepas SPRM menerima menerima laporan berhubung perbuatan pengarah tersebut.
Beliau berkata, siasatan masih di peringkat awal dan pasukan penyiasat kini dalam proses meneliti dokumen-dokumen yang dirampas bagi membantu siasatan.
Susulan penahanan suspek, pasukan penyiasat juga mendapati pengarah tersebut juga telah menggunakan nama sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan projek-projek yang dianugerahkan oleh JPS.
Difahamkan, siasatan juga mendapati saspek pengarah itu telah memindahkan sejumlah wang rasuah yang diperolehi dengan menyalahgunakan jawatannya itu ke beberapa akaun miliknya dan saudara-mara.
SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah hampir RM900,000 di rumah salah seorang pemilik syarikat yang ditahan.
Selain itu, pasukan penyiasat telah menyita empat akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM 2.9 juta yang dipercayai telah diperolehi melalui perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Ketiga-tiga suspek yang ditahan di SPRM Kedah dijangka akan dihadapkan di mahkamah Alor Setar pada Selasa untuk direman bagi membantu siasatan.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen17(a) dan Seksyen 23 Akta SPRM serta Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.
Hilal Azmi
Mon Jan 29 2018
![Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM Wang tunai RM900,000 disita, tiga termasuk Pengarah JPS Perlis ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/81508219160_SPRMlogo.jpg)
Empat akaun bank yang mempunyai wang berjumlah RM 2.9 juta juga disita SPRM - Foto Arkib Astro AWANI
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705975527_TBTohPuanNaimah.jpg)
Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.
![Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681091867_AzlanMan.jpg)
Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.
![Rasuah: SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM Rasuah: SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677143559_AzamBakiSPRM.jpg)
Rasuah: SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM
SPRM sedang membuat siasatan forensik terhadap akaun UiTM Holdings bagi mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan dakwaan kerugian dalam universiti itu.
![Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200 Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668007250_TBgavel.jpg)
Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200
Tertuduh terima rasuah RM1,200 bagi melepaskan sebuah lori yang disita di Lahad Datu pada tiga tahun lepas.
![Pengerusi koperasi direman bantu siasatan salah guna kuasa Pengerusi koperasi direman bantu siasatan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621428389_gari.jpg)
Pengerusi koperasi direman bantu siasatan salah guna kuasa
Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi.
![Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606299118_SPRMMDBrasuah.jpg)
Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan
Pencalonan KP SPRM secara terbuka dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat.
![Seksyen 17A Akta SPRM 'ingatkan' rakan kongsi pasif lebih bertanggungjawab Seksyen 17A Akta SPRM 'ingatkan' rakan kongsi pasif lebih bertanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597138371_SPRMMDBrasuah.jpg)
Seksyen 17A Akta SPRM 'ingatkan' rakan kongsi pasif lebih bertanggungjawab
Organisasi komersial bertanggungjawab sekiranya pekerja atau sekutunya terlibat dalam rasuah.
![Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000 Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598506911_SessionsCourt.jpg)
Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000
Perkhidmatan pembekalan makanan dan minuman itu bagaimanapun tidak dilakukan dan tertuduh ketika kejadian bertugas di JPNIN Alor Gajah.
![Lim Guan Eng, isteri didakwa hari ini Lim Guan Eng, isteri didakwa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597104505_TBLimGuanEng.jpg)
Lim Guan Eng, isteri didakwa hari ini
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isterinya akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
![Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594099371_zahidhamid.jpg)
Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram
Akta berkenaan ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.