IPOH: Wang simpanan dalam Tabung Haji dan Amanah Saham milik seorang pekerja swasta di Ipoh lesap selepas mengalami kerugian berjumlah RM473,225 apabila menjadi mangsa phone scam yang menyamar sebagai pegawai syarikat insurans, pegawai polis dan peguam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 55 tahun yang berasal dari Bercham di sini membuat laporan polis semalam setelah menyedari dirinya telah diperdaya oleh sindiket berkenaan sejak Januari lepas.
"Mangsa menerima panggilan telefon pada 25 Januari oleh individu yang mendakwa sebagai pegawai syarikat insurans dan bertanya kepada mangsa sama ada telah menerima wang tuntutan insurans sebanyak RM78,000.
"Kira-kira seminggu kemudian, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon kononnya pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang meminta mangsa membuat laporan untuk menuntut wang insurans terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata menerusi perbualan telefon itu, mangsa disambungkan talian dengan seorang lagi suspek yang menyamar sebagai peguam dan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam satu kes pengubahan wang haram.
Kata Mohd Yusri, mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon pada 3 Februari lepas daripada dua suspek yang mengajar mangsa untuk membuat pemindahan wang dan atas arahan kedua-dua suspek itu, mangsa telah membuat pengeluaran wang daripada Amanah Saham dan Tabung Haji berjumlah RM458,000 untuk dimasukkan ke dalam akaun banknya.
"Selain itu, mangsa juga telah membuat lima transaksi kemasukan wang sebanyak RM35,000 ke dalam tiga akaun bank milik individu lain atas arahan daripada seorang suspek berkenaan kononnya untuk membayar kompaun atas kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa.
"Pada 25 Ogos lepas, mangsa menerima notis pemakluman daripada pihak bank bahawa terdapat 17 transaksi berjumlah RM438,225 daripada akaun bank mangsa ke beberapa akaun bank yang tidak dikenali sepanjang tempoh 9 Februari hingga 28 Mac lepas," katanya.
Mohd Yusri berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam' Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Mohd Yusri berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- Gambar hiasan
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720242077_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Johan 'Jojo' Ghazali abai komen Muay Thai tidak boleh pergi jauh
Johan Jojo Ghazali berkata dia bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
![PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720239804_tbChowKonYeow.jpg)
PRK Sungai Bakap: Chow harap peratusan keluar mengundi melebihi 65 peratus
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap peratusan keluar mengundi bagi PRK Sungai Bakap hari ini melebihi 65 peratus.
![Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720195269_TBwatson.jpg)
Watsons Malaysia bawa sambutan ulang tahun ke-30 ke ruang udara
Bersempena dengan ulang tahun ke-30, peneraju peruncit produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, Watsons Malaysia, menjalin kerjasama baharu dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.
![Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719657438_MasoudPezeshkian.jpg)
Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.
[TERKINI] LKAN: UIAM nafi tidak mampu bayar hutang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menafikan pihaknya berada dalam keadaan tidak berupaya membayar balik hutang, seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang, di Dewan Rakyat Khamis lalu.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
UIAM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pengurusan universiti itu tidak pernah mengambil sebarang pinjaman berbentuk hutang sehingga hari ini.
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
![Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam' Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Wang simpanan Tabung Haji, Amanah Saham lesap ditipu 'phone scam'
Wang simpanan milik seorang pekerja swasta lesap selepas mengalami kerugian RM473,225 apabila menjadi mangsa 'phone scam'.
![COVID-19: Polis buka 393 kertas siasatan mengenai penipuan dalam talian - Ismail Sabri COVID-19: Polis buka 393 kertas siasatan mengenai penipuan dalam talian - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585040405_IsmailSabri.jpg)
COVID-19: Polis buka 393 kertas siasatan mengenai penipuan dalam talian - Ismail Sabri
Berikutan banyak insentif dalam pengumuman PRIHATIN semalam, ramai cuba mengambil kesempatan untuk menipu rakyat - Ismail Sabri.
![Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576478619_TBCHINA.jpg)
Jenayah dalam talian: 152 warga China, seorang Bangladesh didakwa
Seramai 152 warga China dan seorang warga Bangladesh yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Cyberjaya pada 20 Nov lepas didakwa hari ini.
![Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM410 juta dalam 20 bulan Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM410 juta dalam 20 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81556082070_TBazisjammanx.jpg)
Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM410 juta dalam 20 bulan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan kira-kira RM410 juta kerugian dialami rakyat Malaysia melibatkan 8,489 kes penipuan atas talian yang dilaporkan diseluruh negara.
!['Love Scam': Wanita dakwa ditipu 'Abdan' hampir RM7,000 'Love Scam': Wanita dakwa ditipu 'Abdan' hampir RM7,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/51432466731_295x200.jpg)
'Love Scam': Wanita dakwa ditipu 'Abdan' hampir RM7,000
Walaupun pelbagai amaran dan kesedaran tentang penipuan dalam talian telah dikeluarkan, mengapa masih ada yang menjadi mangsa?