KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa wang bagi pembelian dua lot banglo di Country Heights Kajang, Selangor bernilai RM5.9 juta oleh Yayasan Akalbudi (YAB) milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sumbangan dua ahli perniagaan dan bukan hasil aktiviti haram.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin, yang merupakan saksi pendakwaan.
"Kedua-dua saksi telah memberi keterangan di hadapan Yang Arif. Mereka telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah. Kami berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan wang RM5.9 juta itu adalah hasil aktiviti haram," katanya di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Beliau berkata Mubarak sebelum ini pernah menghulurkan derma bagi pembinaan sebuah sekolah di Melaka manakala Junaith menyalurkan sumbangan kepada sebuah masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk.
Peguam itu berkata pembelaan mengakui bahawa arahan untuk membeli banglo terbabit datangnya daripada tertuduh dan kedua-duanya telah dipindah milik kepada Yayasan Al-Falah (YAF).
BACA: Sumbangan diterima Yayasan Akalbudi tidak menyalahi undang-undang - Peguam
"Pembelaan berhujah bahawa banglo terbabit adalah sumbangan kepada YAF kerana kedua-dua Yayasan berkongsi matlamat yang sama," katanya.
Kedua-dua banglo telah dijadikan pusat keagamaan untuk YAF, yang dimiliki keluarga Ahmad Zahid dan ia dikendalikan adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah jenayah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail/BERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.

Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.

Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.

Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.

PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi
Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.

Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, SPRM turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.

Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69.

Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.