KUALA LUMPUR: Wang milik isteri kepada 'Datuk Addy Kana', Alyaa Syuhaila Mohamad Shariff berjumlah RM353,723.81 dan wang RM75,846.82 milik syarikatnya, Nine Nine International yang didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram, kini menjadi harta kerajaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan wang itu dilucut hak kepada kerajaan selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nik Haslinie Hashim selaku pemohon memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.
"Pihak responden telah menghantar representasi pada 26 November 2021 dan representasi tersebut telah diterima oleh pihak pemohon (SPRM). Responden bersetuju item-item dalam permohonan (pemohon) dilucut hak.
"Saya mohon agar permohonan pemohon untuk melucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International dibenarkan," kata Nik Haslinie.
Peguam Nur Fatin Najwa Ahmad Zainol yang mewakili Alyaa Syuhaila berkata anak guamnya bersetuju untuk item-item tersebut diserahkan kepada kerajaan.
Pada 29 September tahun lepas, pendakwa raya memfailkan notis usul melucut hak wang milik ahli perniagaan Alvin Goh Leong Yeong berjumlah RM60,232.01 yang disimpan di dalam tiga akaun bank lelaki itu dan wang RM10,588.94 dan RM16,721.75, masing-masing milik syarikatnya iaitu Malaysian House of Internet dan Network Computer.
Turut dipohon lucut hak wang milik Alyaa Syuhaila berjumlah RM353,723.81 yang berada di dalam lima akaun banknya dan wang RM75,846.82 milik Nine Nine International.
Permohonan itu difailkan atas alasan wang yang disita pada Disember 2020 dan Januari 2021 didakwa diperoleh melalui hasil daripada aktiviti haram iaitu perjudian secara dalam talian dan dagangan mata wang kripto tanpa lesen sah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022
![Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Timbalan Pendakwa Raya SPRM memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan. - Gambar hiasan
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
Masa depan industri perhubungan awam di Malaysia: Memperkukuh kepercayaan dan keterlibatan melalui integriti dan inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721096305_prosespemilihansay.jpg)
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
![PRK Nenggiri: Ketua Pemuda UMNO Kelantan dinamakan sebagai calon? PRK Nenggiri: Ketua Pemuda UMNO Kelantan dinamakan sebagai calon?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721096218_KetuaPemudaUMNOKe.jpg)
PRK Nenggiri: Ketua Pemuda UMNO Kelantan dinamakan sebagai calon?
Menurut sumber, pemilihan Mohd Azmawi sudah mendapat restu UMNO Bahagian Gua Musang.
![Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721095061_XherdanShaqiri.jpg)
Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
![Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643118072_JUDGE.jpg)
Wang lebih RM400,000 milik isteri Addy Kana dan syarikatnya kini hak kerajaan
Timbalan Pendakwa Raya SPRM memaklumkan bahawa Alyaa Syuhaila sebagai responden bersetuju harta tersebut diserahkan kepada kerajaan.
!['Datuk Addy Kana', 2 anggota polis dibebaskan daripada tahanan POCA 'Datuk Addy Kana', 2 anggota polis dibebaskan daripada tahanan POCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619534945_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
'Datuk Addy Kana', 2 anggota polis dibebaskan daripada tahanan POCA
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan ketiga-tiga mereka terhadap permohonan writ habeas corpus.
![Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/61587201350_ketuapolis.jpg)
Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman
![Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607942030_TBZamriYahya.jpg)
Pegawai polis berpangkat DCP antara disiasat disyaki bersekongkol dengan Addy Kana
Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta.