KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mendahului senarai pertukaran pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilantik sebagai Komisioner Polis (CP) Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 22 Mei depan.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh pula akan menggantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.
Menurutnya Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Beliau berkata Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor akan menggantikan Mohd Roze sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat DCP.
"Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman SAC Fazlisyam Abd Majid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur yang baharu," katanya.
POLIS-PERTUKARAN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Selain itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azman Ayob dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.
"Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman SAC Victor Sanjos pula akan menggantikan Azman sebagai Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat DCP," katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterism Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Johor ACP Awang Din Awang Gani dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak dengan memangku pangkat SAC.
Kesemua mereka adalah antara sembilan daripada 18 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 22 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023
![Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681881203_DatukWanHassanWan.jpg)
Wan Hassan dilantik sebagai CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 22 Mei depan. - Gambar/ Bernama
![Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738213206_JordanHospital.jpg)
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
![Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui? Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739327507_GajiMinimum.jpg)
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739329199_ATM.jpg)
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
![PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739327892_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736749898_KPMjpg.jpg)
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
“Bukan kita tiada laporan, kita baru lancar”-Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata akan sediakan laporan MOSTI selepas setahun pelancaran Dasar inovasi sosial.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738746504_AnwarIbrahim.jpg)
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Anwar berkata perkara berkenaan perlu dibawa kepada pengetahuan Jemaah Menteri terlebih dahulu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
“Menggalakkan inovator ambil Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM)”- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkongsi beberapa intervansi yang dicadangkan bagi mengatasi cabaran awal yang dikenal pasti.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686028447_FisolSallehKetua.jpg)
Fisol Ketua Polis Kedah yang baharu
Bekas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu berkuat kuasa hari ini.
![Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681881203_DatukWanHassanWan.jpg)
Wan Hassan dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman
Datuk Fisol Salleh akan menggantikan Wan Hassan sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu dengan memangku pangkat CP.
![Kumpulan samun di Kedah tumpas, polis tahan 11 lelaki dan tiga wanita Kumpulan samun di Kedah tumpas, polis tahan 11 lelaki dan tiga wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674714957_samun.jpg)
Kumpulan samun di Kedah tumpas, polis tahan 11 lelaki dan tiga wanita
Polis turut serbu kedai pajak gadai dan rampas barang kemas milik mangsa yang telah dijual di premis terbabit.
![Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670802901_TBtembakmati.jpg)
Dua penjenayah mati dalam kejadian berbalas tembakan di Gurun
Pemeriksaan lanjut turut menemukan dua pucuk pistol serta pelbagai peralatan pecah rumah di dalam kenderaan dinaiki suspek.
![PRU15: Polis terima lima laporan di Padang Serai PRU15: Polis terima lima laporan di Padang Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670038945_WanHassan.jpg)
PRU15: Polis terima lima laporan di Padang Serai
Kertas siasatan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
![Kejadian letupan kabin kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat - Polis Kejadian letupan kabin kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666931828_DatukWanHassanWan.jpg)
Kejadian letupan kabin kontena di kediaman MB Kedah ada unsur khianat - Polis
Polis menemukan beberapa sampel dan bahan bukti dipercayai bahan letupan dan semua sampel yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk dianalisis.
![Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663996941_KualaKedahOpKhas.jpg)
Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi Op Khas House Storming pada Jumaat.
![Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661057563_TokanDadahTumpas.jpg)
Sindiket edar dadah tumpas, 5 ditahan
Kesemua suspek berusia 23 hingga 38 tahun itu direman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos untuk siasatan lanjut
!['Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan 'Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657856312_Kedah.jpg)
'Flat Colombia' digempur, 42 individu ditahan
Dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup, dawai tembaga dan air ketum.
![Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613082793_tembak.jpg)
Lelaki maut ditembak di hadapan isteri, anak depan restoran
Seorang lelaki maut ditembak semasa dia hendak masuk ke dalam kenderaannya, di hadapan sebuah restoran di Jalan Kampung Baru, dekat Sungai Petani, hari ini.