Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Selamat hari lahir buat penyanyi nombor satu tanah air @CTNurhaliza11, semoga diberikan kesihatan yang sempurna," katanya menerusi Twitternya @drwanazizah.
Siti Nurhaliza yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 hari ini turut menjadi soho kini di Twitter menerusi tanda pagar antaranya tokti, #SitiGolden40th dan #SitiNurhaliza.
Penyanyi pop yang merangkul pelbagai anugerah itu merupakan penyanyi Malaysia yang paling berjaya, menerima lebih 300 anugerah tempatan dan antarabangsa dan membuat persembahan dalam lebih 50 konsert sepanjang penglibatan beliau selama 23 tahun dalam industri muzik.
Pada masa ini, anak kelahiran Kuala Lipis tersenarai sebagai antara artis Malaysia yang terkaya, paling berpengaruh, menerima paling banyak anugerah dan menghasilkan paling banyak single. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 11 2019
Wan Azizah Wan Ismail mendoakan Siti Nurhaliza diberikan kesihatan yang sempurna sempena hari lahir ke-40 penyanyi itu. - Gambar fail
Terowong lebuh raya terpanjang di dunia selesai dikorek di Xinjiang
Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya terpanjang di dunia, selesai ditembusi pada pagi Isnin, membuka jalan kepada pembukaan jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China,
Setiausaha Agung PBB beri amaran tentang kemusnahan iklim
Guterres berkata 10 tahun terpanas dalam rekod berlaku dalam tempoh sedekad yang lalu.
Nahas Jeju Air: Keluarga desak pihak berkuasa cari, keluarkan mayat mangsa
Salah seorang ahli keluarga mangsa, Park Han Shin, meminta kerajaan menghantar lebih ramai pakar untuk membantu mencari dan mengeluarkan mangsa dari kawasan nahas.
Juruterbang lapor pelanggaran burung sebelum nahas
Juruterbang penerbangan komersial Korea Selatan yang terbabas dari landasan dan terbakar dilaporkan mengalami pelanggaran dengan burung sebelum pendaratan cemas.
Sistem 'tier' hospital swasta mampu kurangkan beban kos rawatan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IRDP Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar, berdasarkan sistem, hospital swasta yang menawarkan sistem bertaraf tinggi dikelaskan di peringkat teratas manakala hospital swasta dengan perkhidmatan sederhana dan mampu milik ditempatkan di peringkat terbawah.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Tun Juhar Mahiruddin telah memberi jasa dan sumbangan yang amat besar kepada Sabah sepanjang 14 tahun menjadi Yang Dipertua Negeri
PM Anwar sampai amanat tahun baharu 9 malam Selasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam Selasa.
Dua geng curi motosikal tumpas
Polis menumpaskan dua geng mencuri motosikal dikenali sebagai Geng Awey dan Geng Alep apabila berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dalam serbuan berasingan melalui Op Lejang di ibu negara.
PUSPAKOM sahkan 2 kakitangan rakam keterangan pada Selasa
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengesahkan dua kakitangannya dari cawangan Wangsa Maju di sini, dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
MTL: Akses jalan darat terputus, cuaca buruk cabaran utama
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi kebarangkalian berlakunya gelombang banjir sekali lagi.
Wan Azizah ucap selamat hari lahir buat Siti Nurhaliza
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.