IPOH: Walaupun diarahkan lima pengarah terkenal dan dibarisi 100 pelakon hebat tanah air, filem "Juang" tidak terlepas menerima kritikan.
Ketua Pengarahnya, Matt Lai berkata, sebagai sutradara, dia harus berlapang dada apabila sesebuah karya yang dihasilkannya itu dikritik penonton.
Menurutnya, ia sebahagian daripada proses memperbaiki sebarang kelemahan yang ada agar tidak diulang pada penghasilan karya akan datang.
“Sebagai pengarah, saya bersedia untuk menerima sebarang kritikan kerana dalam dunia ini tidak sesiapa yang sempurna.
“Sekiranya perkara yang dikritik itu betul, namun dalam nada atau cara penyampaian yang agak kasar, saya tetap menerimanya.
“Saya akan dengar perkara yang disampaikan itu dan ambil ia sebagai pengajaran. Cara penyampaian kritikan itu kasar atau tidak, saya tidak ambil kisah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menghargai Jasa ‘Hero-Hero’ Malaysia dan tayangan perdana filem "Juang" di Golden Screen Cinema (GSC) Ipoh Parade, dekat sini, malam tadi.
Majlis yang dianjurkan Pincer MBI Studio Sdn Bhd bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu meraikan kira-kira 200 petugas barisan hadapan yang antarannya terdiri daripada anggota dan pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin; Pengarah Eksekutif Pincer MBI Studio, Allyan Too serta pengarah, Aziz M Osman dan pelakon, Sangeeta Krishnasamy.
Filem "Juang" yang mengangkat tema semangat perjuangan rakyat Malaysia ketika mendepani situasi COVID-19 yang membawa kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu itu digarap lima pengarah hebat tanah air.
Sentuhan magis Matt, Aziz, Osman Ali, Datuk Yusry Abdul Halim dan Kabir Bhatia yang menggarap lima situasi berbeza dalam filem berkenaan diolah dengan kemas tatkala beberapa babak utama yang dibikin diambil daripada kisah sebenar.
Mengulas lanjut, Matt berkata proses produksi filem yang menelan belanja kira-kira RM6 juta itu menghadapi pelbagai cabaran tatkala negara dikenakan beberapa siri PKP sebelum ini.
Walau bagaimanapun, katanya, kerjasama semua pihak termasuk daripada kru, pelakon dan kelima-kelima pengarah, akhirnya filem "Juang" berjaya dihasilkan.
“Kelima-lima kami berbincang bagi memastikan filem yang dihasilkan daripada lima situasi berbeza ini dapat diolah dengan kemas.
“Pada mulanya, agak sukar kerana setiap pengarah ada cara pengarahan tersendiri. Namun, selepas perbincangan bersama diadakan ia akhirnya dapat dihasilkan dan ditonton seolah-olah hanya diarahkan seorang pengarah sahaja,” katanya lagi.
Filem "Juang" mengisahkan suasana negara berdepan pandemik COVID-19 dan mengangkat kisah getir petugas barisan hadapan termasuk polis, jururawat, kru penerbangan, serta penghantar makanan.
Filem yang bakal menemui penonton 8 September ini dibintangi pelakon tempatan handalan seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Chew Kin Wah, Angeline Tan, Steve Yap serta Allahyarham Adibah Noor.
Amirrul Rabbani
Tue Sep 06 2022

Matt Lai berkata sebagai pengarah, beliau harus berlapang dada apabila sesebuah karya yang dihasilkannya itu dikritik penonton.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.