Wakil rakyat sama ada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mengamalkan adab dan tatasusila ketika berbahas.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj bertitah tindakan tersebut menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai pemimpin yang matang dan berperibadi tinggi.
"Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan sesuatu usul atau melahirkan sesuatu pandangan hendaklah dilakukan secara berhemah dengan mengikut segala peruntukan yang ditetapkan di dalam Peraturan-peraturan Tetap Dewan.
"Beta tidak mahu berlakunya kejadian Ahli-ahli Yang Berhormat bercakaran di dalam Dewan dengan melemparkan bahasa-bahasa lewat dan menyakitkan hati tanpa mengawal emosi mereka," titah baginda ketika merasmikan Majlis Perasmian Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2017 di sini hari ini.
Justeru, baginda mahu pemimpin negara ini menunjukkan kepada rakyat dan dunia bahawa mereka mampu berbahas dan berbincang mengenai soal rakyat dan negara secara berhemah dan matang.
Baginda pada masa sama menyarankan supaya tempoh masa persidangan yang cukup diberikan bagi memastikan masalah rakyat mendapat perhatian serta diselesaikan.
Namun, baginda menegaskan persidangan Dewan tidak perlu berlanjutan selepas 12 tengah malam.
"Beta ingin menyarankan agar setiap Dewan dapat mengurangkan mesyuarat Dewan yang melangkaui masa berehat iaitu selepas jam 12 tengah malam kerana Beta yakin bahawa kecergasan minda semua pihak termasuklah urusetia Dewan dan para pelapor tidak berada di paras yang optimum ketika ini," titah baginda.
Hadir pada persidangan tersebut adalah Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Harits Asyraf Hasnan
Sat May 13 2017
SUltan Selangor mengingatkan wakil rakyat supaya membahaskan sesuatu usul atau melahirkan pandangan dengan berhemah. - Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
Jaga adab, akhlak ketika bahas isu terkait RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024
Perdebatan mengenai rang undang-undang itu mula menampakkan reaksi berlebihan sehingga terkeluar daripada lingkungan yang sepatutnya.
Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.
Jangan main rampas, minta barang dari tangan anak perlu ada adabnya!
Minta dengan cara berhemah dan lembut, barulah anak pun ikhlas memberi. Ikuti tip yang dikongsikan oleh Teacher Nizam.
Pindaan Peraturan Mesyuarat pastikan prosiding Dewan Rakyat berjalan lancar
Ahli Parlimen perlu sentiasa menjaga adab, perkataan serta tingkah laku semasa mengeluarkan hujah dalam berbahas atau beri pandangan.
Kempen ponteng sekolah bertentangan dengan adab pendidikan - MBM
Tindakan meminta pelajar untuk tidak hadir ke sekolah menerusi kempen '#MakeSchoolASaferPlace', bertentangan dengan adab pendidikan.
'Jangan jadikan Dewan Negeri seperti sarkas' - Sultan Ibrahim
'Saya tidak mahu dewan ini dijadikan seperti sarkas,' titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Jangan emosi, pilihlah pemimpin yang tidak merosakkan akidah - Mufti Pahang
Mufti Pahang berpesan kepada pengundi supaya tidak telalu mengikut emosi sehingga menjadi mangsa provokasi pada PRU14.
Komuniti tidak bertanggungjawab lahirkan budaya tak ada adab - Ibrahim Bajunid
Komuniti penduduk setempat tidak kira sama ada di daerah kampung, perumahan setinggan mahupun di pangsapuri, mereka perlu ada tanggungjawab bersama.
'Anak siapa yang panjat tiang dalam tren MRT ni?'
RapidKL memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna, yang diharapkan akan memberi kesan sekaligus mengubah tabiat buruk itu.
Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu
Ini panduan untuk rakyat Malaysia singkirkan pemikiran 'apa aku peduli' ketika menggunakan pengangkutan awam.